PENGIKUT MC2B

Khamis, April 18

SAMBUT KELAHIRAN BAYI DGN CERIA

ASSALAMUALAIKUM semua......

Kelahiran bayi terutamanya anak pertama sangat mendebarkan. Perasaan seperti ini bukan sahaja dirasai oleh si ibu tetapi juga si bapa. Kepada yang pertama kali menghadapi suasana ini, disediakan beberapa panduan untuk mereka agar mereka lebih tenang.

Perbelanjaan
Kewangan adalah antara masalah yang sering membebani bakal ibu dan bapa terutamanya yang berpendapatan rendah. Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kerana anda perlulah berbelanja ikut kemampuan, bukan ikut orang. Antara perbelanjaan penting yang mesti masuk dalam buku kira-kira kewangan anda ialah kos bersalin, rawatan semasa dalam pantang dan barangan kelengkapan bayi baru anda.

Spiritual
Sebelum menerima kehadiran bayi baru, pastikan anda dan isteri berada dalam keadaan terbaik dan bersemangat untuk menghadapi saat-saat kelahiran. Kepada pasangan yang beragama Islam, banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Manakala kepada yang bukan beragama Islam, banyakkan berdoa kepada tuhan agar dikurniakan anak yang sempurna sifatnya, baik akhlaknya dan cerdas mindanya.

Berbincang
Bagi bakal ibu dan bapa, berbincanglah dengan teman-teman atau ahli keluarga yang sudah berpengalaman. Jadikan mereka kamus bergerak anda. Selain itu, banyakkan membaca buku mengenai hal-hal yang berkaitan dengan kehamilan dan kelahiran agar anda lebih bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal datang.

Rutin Pemeriksaan Kesihatan
Sebagai suami, anda seharusnya menemani isteri setiap kali dia ke klinik untuk pemeriksaan bulanannya. Inilah masanya untuk anda mengetahui perkembangan bayi dalam kandungan isteri anda. Sekiranya ada sebarang kemusykilan tentang kehamilan atau kelahiran, gunakan masa ini untuk bertanya kepada doktor agar mendapat penjelasan tentangnya.

Nama
Pemilihan nama bayi kadang-kala memeningkan kepala. Masing-masing ada pilihan sendiri. Akibatnya ada yang bermasam muka kalau pilihannya tidak dipersetujui. Untuk mengelakkan hal ini berlaku, berbincanglah bersama-sama. Bersepakatlah dalam memilih nama anak. Pastikan nama yang dipilih itu mempunyai maksud yang baik.

Nombor-nombor Penting
Pastikan anda menyimpan nombor-nombor telefon penting yang mungkin berguna kepada anda ketika kecemasan. Antara nombor-nombor tersebut ialah nombor telefon hospital, ambulans, ibu bapa mertua dan adik-beradik.
glitter-graphics.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan