entry ke 2 MC2B ialah mengenai penjagaan bayi yang bakal lahir tidak lama lagi tentu puan2 tidak sabarkan....sama la seperti MC2B pun....jom kita kongsi sama2 ok
Bayi yang baru lahir amat sensitif terhadap persekitarannya.
Sesetengah bayi memerlukan penjagaan rapi selepas dilahirkan terutamanya bagi
yang dilahirkan pramatang. Bayi pramatang memerlukan penjagaan khusus untuk
memastikannya membesar seperti bayi normal. Kebiasaannya, ada beberapa perkara
yang anda perlu ketahui tentang penjagaan bayi baru lahir.
Ketika baru dilahirkan, sistem tubuh bayi anda masih belum
berfungsi dengan sempurna. Dia memerlukan tempoh beberapa minggu untuk
menyesuaikan diri dengan suasana baru setelah kira-kira 40 minggu berada di
dalam kandungan.
Jangan terkejut jika kaki dan tangan bayi anda berasa sejuk
semasa anda memegangnya. Hal ini berlaku kerana sistem peredaran darahnya belum
sempurna. Warna kulit bayi anda juga akan berubah dari masa ke semasa.
Ketahuilah bahawa kebanyakan kulit bayi baru lahir akan mengalami kekeringan dan
pengelupasan. Ini adalah proses semula jadi dan terjadi kerana kandungan minyak
yang dihasilkan oleh kulit bayi belum stabil.
Pada masa yang sama, bulu-bulu halus yang ada pada tubuh bayi
anda akan gugur sedikit demi sedikit. Anda juga akan dapat melihat tompok-tompok
merah seperti ruam pada hidung dan beberapa bahagian lain pada tubuh yang lain.
Jangan bimbang kerana kesemua ini akan hilang apabila bayi anda semakin
membesar.
Selain itu, pusat bayi baru lahir perlu dijaga rapi. Cuci
tunggul pusat bayi anda dengan air dan pastikannya selalu bersih dan kering.
Tali pusat tersebut akan tertanggal dengan sendirinya selepas lapan ke 12 hari
kelahirannya. Adalah menjadi kebiasaan sekiranya tali pusat tersebut berdarah
atau berbau sedikit.
Lazimnya, bayi baru lahir akan turun berat badannya selepas
tiga atau empat hari dilahirkan. Walau bagaimanapun, bayi anda akan mendapat
kembali berat badan asalnya selepas dua minggu dilahirkan. Pastikan juga bayi
anda mendapat suntikan imunisasi seperti yang disyorkan doktor pediatrik untuk
mengelakkan penyakit berbahaya. Ketika ini juga, doktor pediatrik anda akan
merekodkan perkembangan fizikal dan mental bayi anda seperti berat badan, tinggi
dan pergerakan yang sepatutnya bayi anda lakukan.
Kepada ibu bapa baru, setelah mengetahui perkara-perkara asas
tentang bayi baru lahir anda, janganlah takut untuk memegang atau membelainya.
Bayi amat suka disentuh dan dibelai. Namun, anda haruslah berhati-hati agar
tidak mencederakannya. Jangan panik jika bayi anda menangis. Carilah punca
mengapa dia menangis. Biasanya bayi menangis kerana dia lapar, lampinnya basah,
dia rasa mengantuk atau rasa tidak selesa. Ketika bersama bayi, eloklah anda
berbual-bual, senyum dan bermain-main dengannya untuk merangsang deria anak dan
membangkitkan rasa kasih sayang antara anda berdua.
Tip Penjagaan Bayi
Baru Lahir
- Mandikan bayi anda dengan air suam untuk mengelakkan bayi sejuk.
- Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya hingga kering. Sapukan tali pusat bayi anda dengan ubat yang diberikan doktor.
- Jika anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan bayi mengalami kerengsaan dan terkena ruam lampin.
- Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa.
- Setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkan dia kembung atau muntah.

glitter-graphics.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan