PENGIKUT MC2B

Isnin, April 29

KEMULIAAN & KEISTIMEWAAN WANITA HAMIL


Kemuliaan dan Keistimewaan Wanita Hamil Dalam Islam:
  • Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan. Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  • Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
  • Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
  • Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
  • Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
  • Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
  • Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. 
  • Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Amalan-amalan Wanita Hamil Mengikut Islam
  • Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran:
  • Surah Yusuf: Untuk mendapatkan anak yang cantik.
  • Surah Luqman: Untuk mendapatkan anak yang bijak.
  • Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh.
  • Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT).
Maksudnya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

  • Surah Al-Araaf ayat 189
Maksudnya: Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):” Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur”.

  • Surah Al-Imran ayat 8-9, dan 38: Doa memohon anak yang baik.
Maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
Maksudnya: Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

  • Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

  • Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;

  • Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik.
Maksudnya: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;

Maksudnya: Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;

Maksudnya: Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

  • Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.
Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

  • Profesor Madya Aisyah Mohd Zain juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
  • Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
    Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."
  • Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
  • Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal.
  • Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititik beratkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.
  • Ketika mengandung, ibu perlulahmenyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku kepada dirinya. Pada waktu begini sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu - waktu biasa, terutamanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak yang pertama. Mungkin selera makannya hilang, perasaan agak terganggu (sensitif) dan hatinya boleh berdebar-debar kerana bayi dalam kandungannya itu adalah sebahagian daripada dirinya. Ketika ini para suami hendaklah lebih memahami keadaan isteri serta memberi dorongan yang kuat kepadanya
  • Sedekahkan fatihah pada anak dalam kandungan tiap pagi dan malam 
    Amalan yang terbaik membaca ayat suci Al-Quran bermula kandungan dia berumur beberapa bulan supaya anak tu terbiasa dengar bacaan Al-Quran dan pengaruh dia bila dia besar nanti.  Setiap pagi Ibu kena berinteraksi dengan kandungannya tapi ada la kata-kata yang diucapkan sambil mengusap-gusap perut sebagai tanda sayang kepada bayi itu.  Bukan peranan ibu sahaja ayah pun digalakan berbuat demikian.

PERKARA YG PERLU DI BAWA UNTUK LAHIRKAN BAYI

Perkara yang perlu dibawa masa g hospital utk lahirkan anak:
  1. Kad mengandung, IC, GL
  2. Baju baby sekurangnya 2 pasang, stoking tangan n kaki baby, selimut
  3. Lampin sekurangnya 2 helai
  4. Kain tuala
  5. Wet tissue sebab kena sapu najis baby…
  6. Tisu kotak
  7. Air selusuh or mineral water
  8. Pad
  9. Baju mak, kain sarung sekurangnya 2 helai
  10. Selipar Jepun’
  11. Sapu tangan baby
  12. Gelas atau cawan nak minum air
  13. Plastik sampah..kot-kot nak letak baju kotor..
  14. Stokin mak
  15. Pampers- 5 keping
  16. Kurma utk bagi tenaga sebelum berjuang..air minuman berperisa koko atau coklat
  17. Apa apa makanan sebelum berjuang
  18. Bantal baby atau kain sarung yang dilipat utk alas kepala baby..
Jangan lupa mandi wiladah lepas beranak…tanya ustazah mandi wiladah n nifas itu apa…
Jaga tempat jahit elok2 n keringkan…duduk betul2..tanya orang tua duduk mcm mana lepas bersalin.
Semuanya dengan izin Allah…susah bersalin…sakit dia Allah je yang tahu..tapi kuatkan semangat…kita sedang menyabung nyawa untuk lahirkan hamba Allah yang soleh atau solehah…Ingatlah bahawa apabila wanita itu sudah mula merasakn sakit untuk besalin Allah sedang mengampunkan dosanya…Banyak2 baca doa mohon pada Allah.

Ahad, April 28

TEKNIK MENYUSU ANAK ANGKAT


berbalik kpd teknik menyusukan anak angkat, setiap wanita boleh menyusukan anak. jika dia tidak melalui proses mengandung dan besalin, ada beberapa cara utk menghasilkan susu. biasanya doktor akan prescribe anda dgn pil hormone yg dinamakan prolactine. ianya mengambil masa utk menghasilkan susu keluar. Anda harus merancang pengambilan pil hormon sejak 2- 3 bulan sebelum bayi lahir dan diberi pada anda.
Terdapat juga cara yg plg baik adalah menggunakan SNS atau (supplemental nursing system) iaitu satu botol tergantung di atas leher si ibu dan dua tiub dr botol tersebut di lekatkan pd breast supaya hujungnya mencecah nipple. tiub tersebut adalah lembut dan unnoticed by baby. si ibu akan mengisi susu formula (permulaan) didalam botol tersebut. Bila baby melekap pd aerola/breast ibu, dia juga akan melekap pd tiub halus tu. jadi baby akan hisap susu formula tersebut, pd masa yang sama akan menghisap breast si ibu. jadi disitu proses stimulasi pd breast si ibu akan bermula. Baby akan menghisap breast ibu setiap feeding time dia (feeding on demand) walaupun pd mulanya meminum susu formula. proses stimulasi ini akan meningkatkan kadar prolaktin utk penghasilan lebih bnyk susu. Ibu juga harus tenang, sentiasa berperasaan sedang menyusukan anak.. utk meransang hormon oksitosin yg akan memancutkan susu keluar. Anda akan rasa satu kenikmatan dlm dunia, menyusukan anak sendiri secara direct, tanpa puting tiruan (shield) dan perasaan ini akan menambahkan lagi bonding between u and your baby and create calm inside you. Lama kelamaan anda akan dapati payudara anda bengkak dan susu mula dihasilkan! teruskan direct feed baby anda, InsyaAllah usaha anda berbaloi! Namun, cara-cara perlekapan (latch) yg betul mesti dipelajari sejak awal utk mengelakkan bayi anda keliru puting dan menolak puting anda. Percayalah, anda boleh =)
Inilah rupa SNS tersebut.
beginilah rupanya SNS bagi ibu angkat yg nak menyusukan babynya
Disamping itu, ibu2 baru ni juga harus kerap mengepam, menggentel stimulate) memerah dgn tgn, pelajari teknik2 yang betul lebih2 lagi ibu yang bekerjaya untuk memerah/mengepam supaya penghasilan susu lebih bnyk. teruskan menjaga pemakanan, mengambil bnyk air suam dan makanan yang boleh menambahkan air susu

Sabtu, April 27

TIPS MERANGSANG SI MANJA 0-1 TAHUN


Bayi mula menerima rangsangan semenjak daripada alam janin lagi. Jadi, jangan anggap bayi yang berusia 0- 4 bulan hanya boleh minum susu dan tidur sahaja. Di usia seawal ini bayi sudah boleh bermain untuk merangsang perkembangan motor halusnya. Berikut adalah jenis permainan sesuai untuk si manja berusia 0 hingga 1 tahun.

Jenis Permainan : “Mari menari!”
Usia : 0 dan seterusnya

Kelebihan :

• Menggembirakan bayi
• Membantu menenangkan dan memberi rasa aman (salah satu kaedah merangsang kecerdasan bayi)
• Merangsang kepekaan deria pendengar bayi
• Melihat serta merasa pergerakan
• Meningkatkan daya keseimbangan bayi
• Mengasah kepekaan untuk mengenal dan mengikut rentak
• Meningkatkan perkembangan sosial dan emosional bayi

Jenis Permainan : Menggantung permainan dan biarkannya bergerak
Usia: 0 hingga 8 bulan

Kelebihan:

• Merangsang deria penglihatan bayi
• Melatih penglihatan bayi untuk fokus
• Merangsang kemampuan kognitif
• Melatih koordinasi mata dengan tangan, atau mata dengan kaki

Jenis Permainan : Bercermin
Usia: 0 hingga 1 tahun

Kelebihan :

• Belajar untuk fokus pandangan kepada sesuatu objek
• Menunjukkan hubungan sosial
• Memahami diri secara fizikal

Jenis Permainan : ‘Peek-a- boo’
Usia: 0 hingga 4 bulan

Kelebihan :

• Memfokuskan pandangan terhadap objek di sekitarnya
• Mengetahui sebab atau akibat

Jenis Permainan : Mengayuh basikal di udara
Usia: 0 hingga 4 tahun

Kelebihan :

• Meningkatkan kepekaan bayi terhadap bahagian-bahagian tertentu yang terdapat pada tubuhnya
• Membantu membiasakan bayi dengan aktiviti yang melibatkan gerakan fizikal

BAKAR KALORI DGN PENYUSUAN SUSU IBU



Penyusuan susu ibu membakar lebih daripada 600 kalori sehari!
Menurunkan berat badan yang bertambah akibat kehamilan merupakan antara agenda utama yang mahu dilaksanakan oleh para ibu yang baru melahirkan bayi. Ada segelintirnya gusar dengan keupayaan diri mengurangkan berat badan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu berlangsung. Alasannya, mereka mahu terus menyusukan bayi namun tidak mahu sebarang masalah timbul akibat terlalu obses dengan keinginan mengecilkan pertambahan saiz pada bahagian-bahagian tubuh tertentu.
Atasi dilema anda dengan fakta ini. Dengan pembakaran lebih daripada 600 kalori sewaktu menyusukan bayi, anda seolah-olah melakukan aerobik selama 2 jam setiap hari. Malah, kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Pakar Pemakanan Amerika mendedahkan penyusuan susu ibu berupaya membakar lemak di sekitar pinggul dan punggung dengan berkesan.
Jadi, anda tidak perlu khuatir lagi. Matlamat anda dapat dipenuhi dengan menyusukan bayi secara eksklusif. Sewaktu hamil dahulu, anda menambah berat untuk menyimpan tenaga bagi menghasilkan susu ibu. Kini, sudah tiba masanya untuk anda menggunakan simpanan lemak itu dengan menyusukan bayi.
1. Jaga Corak Pemakanan
Pengurangan berat badan sepanjang tempoh menyusukan bayi adalah sesuatu yang pasti! Dalam memastikan kejayaan ini, anda hanya perlu mengekalkan diet yang sihat agar anda dan bayi memperoleh zat makanan yang diperlukan.
Cara terbaik ialah dengan ambil hanya sedikit kalori dengan mengurangkan amaun “tambahan” yang biasa diambil.
Apa yang dimaksudkan ialah gula tambahan dan lemak tepu yang biasanya terkandung di dalam makanan seperti manisan, masakan bergoreng, keju, susu penuh krim dan daging berlemak. Sebagai alternatif, gantikan jenis-jenis makanan ini dengan pilihan rendah lemak, bebas lemak, kurang manis dan tanpa gula tambahan.
2. Senaman
Ada pendapat menyatakan sesetengah jenis senaman boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Merujuk kepada kenyataan Kumpulan Penyokong Penyusuan Susu Ibu Antarabangsa La Leche League, setakat ini tiada data kajian yang membuktikan pandangan berkenaan.
Faktanya, kajian yang pernah dilakukan oleh C.A Lovelady pada 1990 mendapati ramai wanita yang melakukan senaman secara tetap mampu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Oleh yang demikian, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara rutin. Namun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu terutamanya bagi anda yang melahirkan bayi secara caesarean. Dengan cara ini, anda dapat menyingkirkan lemak dan pada masa yang meningkatkan tahap metabolisme dan tenaga tubuh.
3. Diet
Pakar laktasi menyarankan anda untuk memulakan rutin berdiet hanya selepas 2 bulan menyusukan bayi. Ini bagi memastikan penghasilan susu sedia ada berada di tahap yang stabil. Selepas tempoh itu, anda boleh mengurangkan pengambilan kira-kira 100 kalori sehari. Usah khuatir, pengurangan ini tidak akan memberi kesan negatif kepada kesihatan anda dan bayi. Menurut kenyataan La Leche League, anda boleh mengurangkan kira-kira 0.7 kg seminggu sepanjang menyusukan bayi tanpa kesan merbahaya.
Untuk makluman, kekurangan zat makanan tidak akan menjejaskan kualiti dan amaun susu ibu tetapi ia memudaratkan tahap kesihatan diri anda. Walaupun begitu, anda tidak perlu melakukan diet melampau kerana ia langsung tidak memberi kebaikan kepada diri anda dan bayi juga.
4. Buat pertimbangan
Beringatlah! Anda perlu mengambil makanan antara 1500 hingga 1800 kalori sehari untuk mengekalkan kestabilan amaun susu. Jadi, diet melampau yang menjurus kepada pengurangan berat badan secara pantas berpotensi memudaratkan bayi. Ketahuilah, toksin dan racun perosak boleh hadir dalam tahap yang rendah menerusi susu ibu.
Lebih daripada itu, ia mungkin boleh dilepaskan ke dalam susu ibu. Jadi, diet melampau sememangnya boleh menyingkirkan lemak di tubuh anda tetapi dalam masa yang sama menghapuskan zat makanan berharga di dalam susu ibu.
5. Pandangan Pakar
Kebanyakan pakar perubatan menasihatkan agar anda tidak perlu bimbang tentang pengurangan berat badan sehingga usia bayi mencecah 6 bulan. Memandangkan penyusuan susu ibu membantu melenyapkan lemak yang ada. Oleh yang demikian, sentiasa dapatkan pandangan daripada mereka yang pakar sebelum memulakan apa jua jenis program pengurangan berat badan.

BIJAK BERBELANJA


Perbelanjaan menguruskan bayi ada kalanya melebihi perbelanjaan ibu bapa sendiri. Hingga ada ibu bapa terutama yang baru menimang cahaya mata pertama gagal mengatur perbelanjaan dengan baik.

Meskipun kehadiran anak dianggap prioriti dalam sesebuah keluarga namun perancangan yang tidak teratur boleh mendatangkan masalah kepada ibu bapa. Ikuti tip berikut sebagai idea perbelanjaan berhemat.

Potongan Gaji
Peruntukan 10 peratus daripada gaji anda boleh digunakan untuk membeli keperluan bayi. Pastikan jumlah yang sama diperuntukkan setiap bulan untuk mereka. Lebihan perbelanjaan tersebut boleh disimpan untuk perbelanjaan akan datang.

Jualan Murah
Kebanyakan ibu bapa gemar membeli peralatan bayi dan barangan bayi setiap kali ada jualan murah. Tawaran tersebut boleh membuatkan anda rambang mata hingga terdorong berbelanja lebih.

Lebih baik anda kenal pasti apa yang sepatutnya dibeli ketika musim jualan dan sebaliknya.

Yang Perlu
Sebagai pengguna yang bijak, beli barang yang perlu sahaja untuk anak anda. Lagipun, bayi tidak dapat membezakan sama ada barang tersebut murah atau mahal. Pastikan barangan yang dibeli perlu untuk bayi. Paling asas, pastikan peruntukan untuk pakaian, makanan dan perubatan sentiasa ada.

Rancang Perbelanjaan
Perbelanjaan untuk menyambut bayi sepatutnya dimulakan sejak bayi berada dalam kandungan. Misalnya beli katil bayi dan kemudian secara beransur-ansur anda boleh beli peralatan yang lain.

Pakaian Bayi
Ramai ibu bapa terlalu seronok menanti kehadiran bayi baru sehingga menghabiskan banyak wang untuk membeli pakaian bayi. Perlu diingat, bayi anda akan terus membesar maka tidak ada gunanya anda berbelanja terlalu banyak untuk pakaian. Dalam masa beberapa bulan sahaja anda dapat melihat betapa pantasnya si kecil membesar. Beli pakaian yang longgar atau besar supaya anda tidak perlu berbelanja terlalu kerap untuk pakaian bayi.

Jumaat, April 26

BABY MC2B 4 BULAN DLM KANDUNGAN


Entry MC2B kali nie tentang baby MC2B yang akan lahir tidak lama lagi.......tak sabar MC2B rasanya.walaupon bukan MC2B melahirkannya.......tapi ghairahnya MC2B hanya ALLAH yang mengetahuinya.10/04/2013 genap 4 bulan BABy MC2B dalam kandungan adik MC2B.doa MC2B baby sihat adanya.jom kita tengok apa baby buat dalam kandungan 4 bulan nie.KLIK CNI

Rabu, April 24

PERKEMBANGAN BAYI DLM KANDUNGAN 4 BULAN

Bayi anda sekarang berukur 13sm (5.5in) dan berat badannya 140g (5oz). Rangkanya mula mengeras dari tulang rawan yang lembut menjadi tulang.

Panjang bayi anda sekarang hampir 5.5 inci / 13 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 5 auns / 140 gram. Hampir semua rangka tulangnya berunsurkan rawan liat, yang akan mengeras kemudian. Satu bahan pelindung bergelar myelin mula membalut korda spina dengan perlahan-lahan.

Dengan bantuan stetoskop khas, anda sekarang sudah boleh mendengar denyutan jantung bayi anda. Tiada yang lebih menyenangkan atau menguja daripada bunyi denyutan jantung bayi yang sedang menderap-derap. Pada hari-hari anda terasa bimbang tentang apakah kemajuan kehamilan anda, mendengar denyutan jantung bayi memberitahu anda yang dia sedang berkembang dan membesar. Pada masa-masa anda bosan dan terasa seolah-olah kehamilan anda tiada kesudahannya, ia memberi peringatan manis tentang apa yang akan disambut kelak setelah menunggu selama 40 minggu.

Uterus anda yang kian membesar telah mengalihkan pusat graviti anda dan anda mungkin merasa agak kurang seimbang. Berhati-hatilah dan pakailah kasut tumit rendah.

Sekiranya anda belum lagi menjalankan amniosentesis dan bertujuan untuk mengambilnya, minggu ini adalah masa yang sesuai. Satu keuntungan: Anda akan dapat melihat dan merenung bayi dengan baik melalui skan ultrasound yang digunakan untuk prosedur ini.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Panjang bayi anda sekarang sekitar 6 inci / 14.2 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 7 auns / 190 gram. Dadanya bergerak turun naik seakan-akan bernafas tetapi dia tidak menyedut udara, hanya cecair amnion.

Skan ultrasound semasa trimester kedua menilai pertumbuhan dan perkembangan fetus, selain menapis beberapa kecacatan kelahiran, memeriksa plasenta dan tali pusat, dan menentukan samada jangkaan umur gestasi adalah tepat. Semasa skan ini, anda mungkin dapat melihat bayi anda membuat pergerakan menendang, membengkokluruskan badan, mencapai, bergolek atau menghisap jari. Bawalah suami bersama, tetapi samada dia turut bersama atau tidak, pastikan anda mendapatkan salinan gambar bayi dalam pelbagai gaya.

Jika bayi anda perempuan, vagina, uterus dan tiub falopio sudahpun berada di tempatnya. Jika ia lelaki, genitalnya adalah jelas dan boleh dicamkan. Jika kandungan anda lebih dari satu bayi, rujuklah bahagian tentang kembar dua atau lebih.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Anda sudah berada di pertengahan jalan! Bahagian atas uterus anda sudah mencecah pusat anda dan uterus akan membesar lebih kurang satu sentimeter per minggu. Ukuran fetus sekitar 6 inci / 15 sentimeter panjang dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 9 auns / 240 gram.

Dia sudah mula menelan cecair amnion dan ginjalnya terus mengeluarkan kencing. Rambut atas kepala sudah mula tumbuh.

Perkembangan deria memuncak pada minggu ini. Sel-sel saraf yang bekerja untuk setiap deria - rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh - sedang berkembang di ruang-ruang khusus di dalam otak. Penghasilan sel-sel saraf menjadi lebih perlahan apabila sel-sel saraf yang sedia ada menjadi besar dan membuat hubungan-hubungan yang lebih kompleks. Jika kandungan anda itu perempuan, dia sudahpun memiliki sekitar enam juta telur dalam ovari. Menjelang kelahiran, dia akan memiliki satu juta.

Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan tunggang terbalik bayi anda yang kian membesar. Ada masa-masanya, dia terlalu banyak bergerak sehinggakan anda tidak dapat tidur. Sepuluh minggu ke hadapan ini merupakan masa paling sibuk dan aktif bagi bayi anda, tetapi ini akan berkurangan apabila rahim menjadi terlalu sempit. Tidak lama lagi, pasangan dua akan menjadi tiga dan banyak perubahan akan berlaku, jadi lihatlah bahagian seks dan perhubungan kami.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Bayi anda berukuran lebih kurang 6.5 inci / 16.5 sentimeter dari mercu kepala hingga ke punggung dan terus-menerus menambahkan berat badannya. Satu lapisan bahan yang licik dan putih bergelar verniks kaseosa mula membalut bayi anda dan melindungi kulitnya semasa dia berendam lama dalam cecair amnion. Ianya juga akan menyenangkan pelahiran. Pada minggu ini, bayi lebih banyak menelan dan ini merupakan latihan yang baik untuk sistem pencernaannya. Setelah bayi anda menelan cecair amnion, badannya akan menyerapkan air yang terkandung di dalamnya dan menyalurkan selebihnya ke dalam usus besar.

Anda mungkin mahu mengikuti kelas antenatal jika anda belum lagi berbuat demikian. Samada anda ibu buat pertama kali atau hanya mahu mengulang kaji, anda akan mendapat manfaat apabila mengikuti kelas berstruktur. Apapun falsafah di sebaliknya, kelas antenatal boleh menyediakan anda bagi menghadapi semua kesukaran dan kesakitan kelahiran. Anda harus merancang untuk menamatkan kelas menjelang 37 minggu kehamilan, sebab pada masa itu anda dianggap sudah cukup bulan dan pelahiran boleh bermula bila-bila masa.

Berhati-hatilah dalam memastikan anda mendapat zat besi yang mencukupi. Bayi anda memerlukannya bagi pembuatan sel-sel darah merah, antara lain. Sebenarnya, adalah sukar untuk anda mendapatkan jumlah yang terlalu banyak dari makanan semata-mata, kecuali dengan memakan secara berlebihan. Makanan yang kaya dengan zat besi adalah antara lain, daging merah tanpa lemak, ikan, kekacang lentil, bayam dan bijirin yang diperkuatkan dengan zat besi. Lihatlah panduan makan secara baik kami untuk melengkapkan semua maklumat yang anda perlu ada.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Selasa, April 23

MENUKAR LAMPIN BAYI


Berapa kerapkah harus saya menukar lampin bayi?

Menukar lampin bayi secara kerap adalah penting, sebab air kencing yang mengandungi bakteria dalam najis boleh membuat kulit menjadi merah radang dan menyebabkan ruam lampin. Anda boleh menganggar akan perlu menukar lampin setiap kali sebelum bayi bersarapan atau selepasnya (kecuali pada waktu malam, sebab menukar lampin boleh mengganggu tidur bayi), dan juga apabila bayi membuang air besar.

Bayi membuang air besar beberapa kali sehari pada awalnya, dan terkencing setiap satu hingga tiga jam. (Baca lebih lanjut mengenai najis bayi anda: apa yang normal dan apa yang tidak .)

Lampin basah tidak mengganggu kebanyakan bayi, oleh itu jangan fikirkan yang bayi akan menangis atau menunjukkan ketidakselesaannya setiap kali lampinnya basah. Lampin pakai buang menyerap lembapan dengan baik, jadi anda mungkin tidak menyedari yang lampin bayi sudah basah lencun. Untuk mengelakkan masalah ini, periksa sama ada lampin itu basah dua jam sekali dengan meraba-raba dengan jari yang bersih.

Lampin manakah yang lebih baik, pakai buang atau kain?

Ini adalah salah satu perdebatan hebat berhubung keibubapaan. Mereka yang memilih lampin kain berhujah bahawa ianya kurang mahal dan sesetengah merasakan bahawa lampin kain kurang menyebabkan ruam lampin. Juga, lampin pakai buang mempunyai pelapik plastik yang tidak boleh reput, manakala lampin kain boleh dikitar semula, sekali gus mengurangkan impak ke atas tanah kambus kita. Di sebaliknya, membasuh lampin secara kerap boleh membahayakan alam sekitar, lebih-lebih lagi jika kita menggunakan peluntur dan bahan pencuci yang bukan jenis biodegradabel.

Perkara ini elok difikirkan dengan teliti sebelum bayi anda dilahirkan, tetapi sedarilah yang anda mungkin bertukar fikiran, oleh itu janganlah membeli terlalu banyak lampin yang mahal. Fikirkan tentang isu-isu praktikal seperti sama ada anda mempunyai mesin basuh dan mungkin juga mesin pengering (ya, walaupun di Malaysia di mana matahari sentiasa memancar, ada kemungkinan kita tidak banyak mendapat matahari semasa jerebu atau link musim monsun).

Jika anda memilih lampin pakai buang, bolehkah anda mendapatkannya dengan mudah dan adakah anda mempunyai tempat untuk menyimpannya? Berbincanglah dengan rakan-rakan yang mempunyai bayi muda dan ketahuilah pilihan mereka. Bandingkan harga lampin kain dengan lampin pakai buang bagi tempoh dua ke tiga tahun iaitu tempoh anda akan menggunakannya. Dalam perkiraan ini, anda boleh juga mengambilkira kemungkinan mendapat anak-anak yang kedua atau ketiga.

Sekiranya anda sudah memilih untuk menggunakan lampin kain, ada juga masa-masanya anda mendapati lampin pakai buang berguna seperti semasa dalam perjalanan atau untuk kegunaan kecemasan.

Apakah yang saya perlu sediakan setiap kali saya menukar lampin?

Sebelum anda menukar lampin bayi anda, pastikan anda mempunyai semua yang diperlukan berdekatan anda:

  • Ruang yang selamat dengan permukaan yang bersih, dan boleh dicuci.
  • Lampin bersih.
  • Tong atau beg untuk membuang lampin yang kotor.
  • Tisu basah untuk lap atau kapas dan air suam.
  • Krim lampin jika bayi anda mempunyai ruam lampin.
  • Sesalinan pakaian untuk masa-masa lampin yang kotor itu telah bocor.
  • Alihkan perhatian bayi. Contohnya, anda boleh menukar lampin bayi di bawah mainan bergantung atau berikan dia anak patung lembut supaya dia asyik dan tidak sedar akan apa yang anda lakukan terhadapnya di bahagian bawah pinggangnya.

Bagaimanakah cara betul melakukannya?

Setelah anda dapat menguasai cara menukar lampin, ia menjadi sesuatu yang dibuat secara otomatik, dan sesungguhnya anda mempunyai banyak peluang untuk belajar membiasakan diri, sebab di peringkat awal, bayi memerlukan pertukaran lampin lapan hingga 10 kali dalam sehari.

Namun begitu, menukar lampin pada kali-kali pertama boleh merupakan pengalaman yang mencabar. Untuk memastikan anda bersedia, kami telah menyediakan panduan secara langkah demi langkah.

PENJAGAAN TALI PUSAT BAYI


Setelah bayi dilahirkan, penjagaan tunggul tali pusat perlu diberi perhatian utama oleh ibu bapa. Walaupun cara penjagaannya nampak mudah, tetapi jika tidak berhati-hati ia boleh mengundang bahaya.

Tali pusat atau umbilical cord adalah saluran kehidupan bagi janin semasa dalam kandungan. Tali pusat bayi baru lahir berwarna putih kebiru-biruan. Setelah bayi anda dilahirkan, doktor akan menyepit dan memotong tali pusat bayi anda. Di tempat tali pusat melekat ke perut, terdapat baki atau tunggul yang tertinggal sepanjang 2cm ke 3cm.

Tunggul tali pusat bayi anda akan gugur sendiri lebih kurang seminggu selepas kelahiran. Apabila dia dilahirkan doktor akan menyemat tunggul itu dengan penyepit plastik atau mengikatnya. Doktor anda akan menanggalkan ikatan tersebut selepas sehari dua, apabila tunggul itu kering dan tertutup.

Ia akan mengecut, menjadi hitam dan gugur dengan sendirinya. Dalam pada itu akan terdapat luka kecil yang akan pulih dan menjadi pusat bayi anda.

1. Kelengkapan mesti ada sebelum cuci baki tali pusat bayi.
• Bekas air
• Bebola kapas
• Alkohol
• Putik kapas
• Kain barut bayi
• Lampin pakai buang

2. Basuh tangan dengan air yang bersih sebelum memegang bayi. Anda juga perlu pastikan tangan sentiasa bersih selepas menukarkan lampin bayi.

3. Dengan menggunakan bebola kapas, tuangkan sedikit alkohol yang diberi oleh pihak hospital. Usapkan pada bagian pangkal tali pusat termasuk daerah sekitarnya dan lipatan-lipatan pusar dengan perlahan. Lakukan dua kali sehari.

4. Kemudian sapu pada pangkal tunggul tali pusat bayi anda. Pastikan sekeliling tali pusat disapu dengan cecair itu. Lakukan dengan perlahan. Sebelum itu, pastikan tali pusat bayi dalam keadaan kering jika anda baru sahaja memandikannya.

5. Anda juga boleh menggunakan putik kapas untuk meratakan antisepktik di sekeliling baki tali pusat bayi. Dalam pada itu jika baki tali pusat itu terkena air kencing atau najis, basuh dengan berhati-hati dengan pencuci bayi pH neutral. Ia untuk mengelak sebarang jangkitan kuman kepada baki tali pusat bayi anda.

6. Setelah selesai menyapu antiseptik, pastikan barut bayi tidak mengenai tali pusat. Juga pastikan keliling tunggul pusat sentiasa bersih dan kering sebelum memakai barut.

7. Begitu juga dengan penggunaan lampin pakai buang. Gunakan lampin khas untuk mengelak tali pusat bayi ditutup (Yang ada lengkukan dibahagian hadapan lampin). Juga jangan lupa selepas dimandi pastikan tali pusat dikeringkan dengan bebola kapas. Biarkan tali pusat kering seketika sebelum memakaikan lampin dan pakaian.

8. Pastikan tunggul tali pusat tidak ditutup rapat oleh barut bayi atau lampin pakai buang. Jika kawasan itu menjadi lembab, ia memudahkan berlaku jangkitan. Ia akan lebih cepat kering dan sembuh jika sering terkena udara.

9. Adik sudah siap! Pastikan pakaian si kecil longgar supaya tidak menganggu pengaliran udara di seliling tunggul tali pusat bayi.

Tanda-tanda tunggul tali pusat telah dijangkiti :
1. Deman panas,
2. Lesu
3. Tidak mahu menyusu susu ibu
4. Tunggul tali pusat di sekelilingnya menjadi bengkak, busuk atau bernanah.
* Segera dapatkan rawatan di klinik berdekatan.

Penulis pernah mendengar cerita daripada seorang teman mengenai seorang nenek telah mengunting tunggul tali pusat cucunya yang hampir tertanggal iaitu yang hanya tinggal selembar benang. Akibat tindakan itu menyebabkan pendarahan berlaku di bahagian tunggul tali pusat bayi itu. Ekoran dibiarkan berlarutan beberapa hari ia telah menyebabkan kematian kepada cucunya. Oleh itu, nasihat penulis dalam soal penjagaan tali pusat ini lakukan penuh berhati-hati supaya tiada sebarang jangkitan berlaku dan biarkan ia tertanggal sendiri kerana ia berkaitan dengan sistem saluran darah bayi itu.

BENDUNG BAYI



Apakah maksudnya membedung bayi?

Membedung ialah seni purba di mana bayi dibungkus dengan kemas untuk membantunya terasa selamat dan terjaga. Ianya boleh menghindarkan dia daripada diganggu oleh refleks penyentakan badannya sendiri (sentakan badan yang agak menakutkan itu, yang dikenali sebagai kejutan hipnagogik, sebenarnya adalah paling normal). Bedung juga boleh membantu mententeramkan bayi apabila dia terlalu terangsang.

Pastikan bayi tidak lapar atau basah sebelum anda bermula dan pastikan anda tidak menutup muka atau kepalanya sebab dia boleh menjadi terlalu panas. Jika bayi anda dibedung, dia mungkin tidak memerlukan selimut lagi.

Hentikan bedung sebaik sahaja bayi anda mencapai usia kira-kira satu bulan, sebab, selepas itu, bedung boleh mengganggu pergerakan dan pembesarannya. Apabila bayi anda mula menendang buang kain selimut, itu satu petanda yang dia tidak lagi mahu dibedung begitu rapi!

Bagaimana saya membedung bayi saya?

Ambillah langkah-langkah berikut.

  • Letakkan helain kain benang kapas atas satu permukaan yang rata dan lipatkan sudut di sebelah kanan kira-kira 15cm ke bawah.
  • Baringkan bayi dengan meletakkan kepalanya atas lipatan tadi.
  • Tarik sudut terdekat dengan lengan kirinya, sambil menutupi badannya, dan masukkan bahagian depan di bawah lengan kanannya dan mengelilingi belakang bayi.
  • Tarik sudut di hujung bawah ke atas hingga sampai ke bawah dagunya.
  • Tarik sudut kanan ke atas dan masukkannya ke bawah belakangnya di sebelah kiri.
Sesetengah bayi lebih suka dibebaskan lengan, jadi anda mungkin mahu membedung bayi anda dari bawah ketiaknya, supaya dia dapat menggunakan tangan dan jarinya

PERJALANAN JAUH DENGAN BAYI BARU LAHIR



 
Secara realistiknya, anda mungkin tidak mahu ke mana-mana dengan membawa bayi anda yang baru lahir kecuali terus pulang ke rumah. Dia memerlukan perhatian dan penyusuan hampir sepanjang masa, dan selain itu anda juga mungkin sudah letih! Tetapi apabila menjangkau usia tiga bulan, bayi sudah sesuai dibawa berjalan. Mereka bukan selemah yang kadang-kala dikhuatiri ibu bapa, dan buat masa ini, bayi anda juga tidak menganggap membuat perjalanan sebagai satu gangguan berbanding masa akan datang.
Jadi nikmatilah saat ini kerana apabila dia sudah aktif bergerak, perjalanan jauh akan menjadi cabaran yang lebih besar.

Tip kesihatan dan keselamatan

• Jika membuat perjalanan melalui udara, berikan susu atau makanan semasa kapal terbang berlepas serta mendarat untuk menghilangkan kesakitan telinga.

• Bawa krim ruam lampin, beg untuk lampin terpakai, lampin yang secukupnya untuk sepanjang perjalanan dan paracetamol bayi untuk mengurangkan kesakitan dan demam. Bawa juga ubat untuk kembung perut (minta ahli farmasi anda mengesyorkan yang sesuai), ubat titis untuk hidung tersumbat dan gel pertumbuhan gigi jika bayi anda sedang tumbuh gigi. Lihat Senarai Semak Kit Pertolongan Cemas kami untuk lebih idea.

• Bawa topi dan losen / krim pelindung matahari (dengan SPF15 atau lebih) untuk bayi anda. Bayi di bawah usia enam bulan harus dielakkan daripada panas matahari sama sekali, dan pendedahan kepada matahari untuk bayi antara usia enam bulan dan setahun haruslah terhad, terutamanya antara jam 11 pagi dan 3 petang pada hari yang panas.

• Dapatkan pelindung matahari untuk tingkap kereta supaya dapat melindungi kulit dan mata bayi anda daripada matahari.

• Jika membuat perjalanan dengan kereta, bayi patut sentiasa duduk di dalam kerusi kereta bayi menghadap ke belakang, sebaik-baiknya di tempat duduk belakang. Jangan letakkan kerusi kereta bayi anda di tempat duduk penumpang hadapan yang ada beg udara. Luangkan masa sebelum anda bertolak untuk memastikan kerusi kereta bayi dipasang dengan betul dan tali pinggang keledar dipasang dengan betul pada kerusi kereta bayi. Pastikan juga tali keselamatan pada kerusi kereta bayi dilaraskan supaya padan dan kukuh pada bayi anda.

Baca lebih lanjut mengenai perjalanan kereta dengan bayi anda.

Makanan dan keselesaan

• Jika anda tidak menyusukan bayi, jangan lupa membawa susu formula dan air yang telah dimasak dan disejukkan. Anda juga mungkin perlu membawa tin, balang dan paket makanan bayi, tetapi hanya jika anda merancang untuk pergi ke suatu tempat yang sangat eksotik; makanan bayi selalunya ada dijual di destinasi anda.

• Bawa bib plastik untuk bayi anda. Ianya sungguh berguna untuk mengelakkan terpaksa menukar pakaian bayi beberapa kali sehari.

• Bawa selimut bayi supaya anda boleh berhenti di taman untuk membenarkan bayi anda meregangkan kaki atau melelapkan matanya sejenak.

• Jika bayi anda tidur dalam katil bayi, jangan lupa menempah satu semasa anda membuat tempahan bilik hotel supaya pihak hotel dapat menyediakannya sebelum anda tiba. Sebagai alternatif, anda boleh membawa sendiri katil bayi yang mudah dibawa dalam perjalanan.

Menghiburkan bayi anda

Bawa sebuah beg yang berisi beberapa barang mainan kesukaan bayi anda, serta beberapa mainan yang baru. Antara yang sesuai termasuk apa saja yang bersinar, berdetar-detar, cermin khas untuk bayi, mainan bermuzik, patung haiwan, kekunci plastik atau gegelang gigit.

Peralatan perjalanan

Beberapa peralatan yang dipilih rapi akan membantu melancarkan perjalanan dan penjelajahan apabila tiba di destinasi anda.

Untuk bayi yang kecil, satu sistem perjalanan yang lengkap boleh mengurangkan kerumitan masuk dan keluar daripada kereta dan kapal terbang.

Sebuah bugi ringan yang boleh disimpan di dalam but kereta atau ruang simpanan atas dalam kapal terbang sesuai untuk bayi yang sudah boleh duduk sendiri (anda boleh tinggalkan bugi anda di tangga kapal terbang dan anda boleh mengambilnya semula apabila tiba).

Untuk bayi yang lebih kecil, bakul bayi mungkin berguna.

Lihat senarai semak mengemas beg bayi kami untuk lebih idea.

PERSIAPAN MENYAMBUT BAYI

ASSALAMUALAIKUM semua.....


Persiapan Menyambut Bayi Baru
Menyediakan barangan kelengkapan bayi adalah pengalaman yang sangat mengujakan bagi ramai ibu bapa baru. Namun, tanpa perancangan rapi, mereka mungkin terbeli barangan yang tidak sepatutnya dan tertinggal yang mesti dibeli. Inilah pentingnya senarai semak barangan kelengkapan bayi.
Walau bagaimanapun, sebelum membuat senarai semak tersebut anda dinasihatkan agar mendapatkan nasihat serta pandangan individu yang lebih berpengalaman. Pada masa yang sama, pastikan barangan yang bakal dibeli itu mengikut kemampuan kewangan anda.
Pakaian Bayi
Pada masa ini ada banyak pilihan pakaian bayi di pasaran. Bagi yang pertama kali membeli, pasti rambang mata. Jadi, berhati-hatilah. Sebagai permulaan, anda dinasihatkan agar membeli pakaian asas bayi sahaja. Pakaian lain seperti gaun atau seluar denim belilah setelah bayi besar sedikit. Semasa membeli pakaian bayi baru lahir, anda digalakkan agar membeli pakaian bersaiz besar iaitu yang bersaiz enam bulan ke atas. Hal ini kerana kita tidak tahu saiz sebenar bayi yang dikandung. Lagipun, bayi cepat membesar. Jika pakaian yang dibeli kecil, tempoh pemakaiannya sangat pendek.
Pakaian asas ialah: 
  • Baju lengan pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar pendek
  • Seluar panjang
  • Barut
  • Sarung kaki
  • Sarung tangan
  • Kain bedung
  • Topi
Lampin
Anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan lampin pakai buang atau lampin kain moden. Bagi kebanyakan ibu bapa baru yang mula peka terhadap saranan penjagaan alam sekitar, mereka lebih gemar memilih lampin kain moden. Lampin kain moden ini juga dikatakan lebih selamat untuk kulit bayi yang sememangnya sensitif.  Pada masa yang sama, lampin kain moden ini lebih menjimatkan kerana boleh dipakai selama tiga tahun. Untuk permulaan, seseorang bayi itu memerlukan enam hingga tujuh helai lampin kain moden.
Namun, sekiranya anda lebih selesa anak menggunakan lampin pakai buang, anda hanya perlu membeli satu pek lampin bersaiz kecil iaitu untuk bayi baru lahir. Tetapi, anda perlu juga menyediakan lampin pakai buang bersaiz ‘S’ sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya bayi yang lahir itu besar.
Tidak kira sama ada lampin kain moden atau lampin pakai buang, berikut adalah kelengkapan yang perlu disediakan.
  • Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
  • Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
  • Tisu basah
  • Alas atau pelapik untuk menukar lampin
  • Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)
Set mandian
Kulit bayi sangat sensitif. Mungkin ada produk mandian bayi tidak sesuai untuk kulit mereka. Oleh itu, anda disarankan agar hanya membeli pek percubaan atau pek kembara untuk melihat kesesuaian produk tersebut dengan kulit bayi anda. Sekiranya sesuai, barulah membeli pek yang lebih besar.
Untuk membersihkan tubuh bayi anda, dapatkan barangan seperti di bawah ini:
  • Besen mandi bayi
  • Tuala mandi
  • Tuala muka
  • Cecair mandian
  • Syampu
Set penjagaan bayi
Bagi memastikan bayi anda sentiasa bersih dan rasa selesa, ada beberapa barangan kelengkapannya perlu disediakan. Barangan tersebut ialah:
  • Losen bayi
  • Minyak bayi
  • Bedak bayi
  • Sikat atau berus rambut
  • Minyak telon
  • Alat pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Krim ruam lampin
  • Termometer digital
Tidur
Jika anda ingin tidur bersama bayi (co-sleeping) bagi melancarkan proses penyusuan susu ibu terutamanya pada waktu malam, katil bayi tidak perlu dibeli dahulu. Tunggulah sehingga bayi sudah sedikit besar. Ianya penting untuk membeli barangan yang sesuai untuk bayi bagi mengelakkan risiko bayi lemas ketika tidur.
Agar bayi anda rasa selesa semasa tidur, sediakan barangan berikut:
  • Tilam
  • Bantal kepala
  • Bantal peluk
  • Cadar
  • Selimut
Penyusuan
Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi terutamanya dalam tempoh enam bulan pertama mereka. Walaupun begitu, terpulanglah kepada masing-masing. Berikut merupakan barangan kelengkapan untuk memudahkan proses penyusuan.
Penyusuan susu ibu:
  • Pam payu dara (manual / bateri / elektrik)
  • Bekas penyimpanan susu ibu
  • Beg pendingin
  • Nursing cover
Penyusuan susu formula:
  • Botol susu bebas BPA
  • Puting botol susu
  • Berus botol
  • Bekas untuk menyimpan susu formula
  • Bekas menyimpan air panas
  • Bekas menyimpan air kosong
  • Alat steril botol susu
Penyimpanan Darah Tali Pusat
Atas kesedaran tentang pentingnya darah tali pusat dan kemampuannya menyelamatkan nyawa manusia, ramai ibu bapa turut memasukkan proses penyimpanan darah tali pusat bayi baru lahir mereka dalam senarai semak persiapan menyambut bayi baru. Tetapi kosnya mungkin tinggi bagi sesetengah pihak.

MENYUSU KALI PERTAMA



Kenapakah susu ibu paling terbaik?

Susu ibu atau susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi anda. Tanyalah mana-mana pakar kesihatan dan mereka akan mengatakan bahawa cara yang paling sihat untuk memberi makan kepada bayi baru lahir ialah dengan menyusukan bayi anda. Kajian menunjukkan bahawa menyusu secara eksklusif sekurang-kurangnya selama tiga bulan boleh membantu mencegah gastroentreritis pada bayi. Jika anda menyusukan bayi anda selama sekurang-kurangnya empat bulan, anda boleh mengurangkan risiko bayi anda untuk mendapat penyakit pernafasan dan jangkitan telinga.

Susu ibu merupakan sumber makanan yang lengkap; ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi anda – sekurang-kurangnya 400 jenis – termasuk hormon dan bahan melawan penyakit yang tidak terdapat dalam susu formula bayi. Malah, kandungan nutriennya akan mengadaptasi kepada keperluan bayi anda semasa dia membesar. Dan selain dari manfaat pengembangan minda dan imuniti jangkitan dalam susu ibu, yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana susu formula, penyusuan badan boleh membantu membina ikatan istimewa antara anda dan bayi anda. Apabila anda menyusukan bayi anda, bayi anda memanfaatkan kontak kulit dengan kulit, di samping pelukan dan pegangan. Anda juga akan berasa begitu.

Ketahui dengan lebih lanjut mengenai bagaimana badan anda menghasilkan susu badan.

Persediaan untuk penyusuan

Sebenarnya agak sukar untuk menyediakan puting payudara anda untuk memulakan penyusuan, tetapi anda boleh dan perlu bersedia dari segi minda. Ia membantu anda mempelajari sebanyak mungkin mengenai penyusuan sebelum bayi anda lahir. Para bapa juga perlu belajar sebanyak mungkin, supaya mereka dapat menyokong dan menggalakkan isteri mereka yang menyusukan bayi.

Bagaimana untuk menyusu

Oleh sebab penyusuan boleh mengambil masa dari tujuh minit hingga ke 40 minit, pilihlah tempat yang selesa untuk anda. Keadaan persekitaran adalah sangat penting, terutamanya pada peringkat awal anda mula menyusukan bayi, sebab anda perlu membiasakan diri. Jika anda mudah diganggu oleh bunyi bising, cari tempat yang senyap. Jika anda mudah bosan, anda mungkin mahu menyusukan bayi di hadapan televisyen, tetapi hanya jika penyusuan sudah menjadi perkara yang selesa untuk anda dan bayi anda. Cubalah beberapa tempat yang mungkin dahulu sehingga anda menjumpai tempat yang sesuai untuk anda.

Pegang bayi anda dalam posisi yang tidak membuatkan lengan dan belakang anda sakit. Letakkan seberapa banyak kusyen di sekeliling anda untuk sokongan. Ramai wanita mendapati posisi melengkok seperti buaian adalah paling selesa untuk mereka walaupun kegemaran ibu mungkin berkainan. Pilihlah tempat yang selesa untuk anda dan bayi anda sebelum mula menyusu. Perhatikan bagaimanakah rasa pada buah dada anda semasa bayi anda melekap padanya. Bayi sepatutnya menghisap satu mulut penuh tisu buah dada anda. Jika pelekapan menyakitkan, lepaskan lekapan – dengan memasukkan jari kecil anda di antara gusi bayi anda dan puting anda – dan cuba sekali lagi. Apabila bayi anda dapat melekap dengan baik, dia akan dapat menjalankan apa yang perlu seterusnya.

Masalah yang mungkin anda hadapi

Walaupun wanita telah menyusukan bayi berkurun-kurun lamanya, ia bukan selalunya mudah. Ramai yang menghadapi kesulitan pada peringkat awal. Dalam enam minggu pertama, pada masa bekalan susu anda sedang mengadaptasi dan bayi anda belajar untuk menyusu, anda mungkin akan mengalami perkara yang berikut:

Pembengkakan: buah dada yang sangat penuh.
Mastitis: radang buah dada.
Sakit puting.

Apa yang akan anda rasakan

Sesetengah wanita akan mudah menyesuaikan diri dengan penyusuan dan tidak menghadapi sebarang masalah. Tetapi kebanyakan ibu-ibu baru mendapati ianya sukar untuk dilakukan – jadi jika anda berasa kecewa, ingatlah bahawa bukan hanya anda seorang yang berasa begitu. Jika anda berputus-asa (atau hanya mahukan nasihat professional), hubungi pakar runding penyusuan ibu (terdapat di kebanyakan hospital). Anda juga boleh menghubungi Ibu Family Resource Group, satu organisasi sukarela yang menganjurkan kumpulan sokongan penyusuan ibu di ibu pejabat mereka di Lembah Klang. Organisasi ini juga boleh menyarankan kumpulan-kumpulan di lain-lain tempat. Direktori Breastfeeding A-Z kami juga menawarkan lebih banyak sumber.

Anda juga boleh berbincang dengan doktor anda mengenai sebarang kebimbangan bersabit kesihatan yang mungkin akan menghalang penyusuan.

Penyusuan memerlukan latihan. Berikan diri anda masa sebanyak mana yang anda perlukan untuk membiasakan diri. Lakukannya satu persatu dengan perlahan. Jika anda mengalami penyusuan yang teruk pada sesuatu hari berkenaan, beritahu diri anda bahawa hari esok akan menjadi lebih baik. Sentiasa beringat bahawa sebarang masalah yang anda hadapi adalah hanya untuk sementara. Menjelang pemeriksaan doktor pada minggu ke-6, anda sudah boleh menyusukan bayi anda tanpa sebarang masalah. Jika tidak, jangan teragak-agak untuk mendapatkan pertolongan.

Penyusuan di tempat umum

Walaupun anda berasa malu untuk menyusukan bayi anda di hadapan orang lain, ini telah menjadi satu perkara yang biasa di kawasan bandar di Malaysia. Di samping itu, anda tidak boleh sentiasa pulang ke rumah anda setiap kali bayi anda perlu menyusu. Sesetengah baju direka khas untuk membolehkan anda menyusukan bayi anda dengan baik. Elakkan baju yang menggunakan butang sebab ia akan membuatkan anda berasa sangat terdedah – baju yang boleh meregang adalah lebih baik. Letakkan sehelai skarf, selendang atau kain selimut yang nipis pada bahu dan dada anda semasa bayi anda menyusu supaya anda tidak berasa malu di tempat umum (pastikan anak anda boleh bernafas dengan baik).

Kebanyakan pusat membeli-belah utama, atau yang dibina atau diubah suai dalam masa lima tahun yang lepas mempunyai bilik persalinan bayi, di mana anda boleh duduk dan menyusukan bayi anda dengan selesa dengan kehadiran ibu lain. Jika anda tidak mempunyai akses kepada kemudahan seperti itu, kebanyakan tempat akan menyediakan tempat untuk ibu yang menyusu dan bayi yang kelaparan. Mintalah sebuah bilik atau satu sudut apabila anda mahu menyusukan bayi anda. Lambat-laun, apabila anda sudah biasa dengan penyusuan, anda tidak akan malu untuk menyusukan bayi anda di tempat umum.

Walau bagaimanapun, anda mungkin mahu mempertimbangkan fakta yang mana cara hidup orang Malaysia boleh mewujudkan beberapa cabaran untuk menyusukan bayi di tempat umum. Sebagai contoh, jika anda berada di medan selera atau gerai mamak yang buka 24 jam (jangankan kemudahan untuk ibu dan bayi, bilik air yang bersih pun sukar untuk dicari!), jadi lebih baik anda menyusukan bayi anda sebentar di dalam kereta (kunci pintu dan hidupkan enjin supaya penghawa dingin boleh dipasang). Selesaikan penyusuan apabila anda telah sampai di rumah.

Apa yang perlu anda beli

Anda perlu membeli sekurang-kurangnya dua helai bra menyusu. Ini akan memberikan sokongan kepada buah dada anda yang bersaiz lebih besar daripada biasa itu. Ia boleh didapati dalam cangkuk atau zip yang boleh dibuka dengan mudah apabila anda mahu menyusukan. Pastikan ia betul-betul padan dan penutup boleh dibuka sepenuhnya. Jika hanya sedikit sahaja bahagian buah dada yang terdedah, bra itu mungkin memberi tekanan pada anda dan menyebabkan duktus tersumbat. Anda mungkin mahu menunggu sehingga anda melahirkan bayi sebelum membeli bra untuk memastikan anda membeli bra yang padan dengan baik. Anda akan dapati bahawa bra menyusu yang berkualiti tinggi tidak mempunyai dawai sokongan sebab dawai keras ini akan menyebabkan duktus tersumbat.

Sesetengah ibu mendapati bahawa buah dada mereka akan meleleh semasa laktasi. Mendengar tangisan bayi atau terpandang bayi orang lain akan merangsang aliran susu dan ini berlaku kadang-kala pada waktu yang tidak sesuai. Pastikan anda mempunyai bekalan pad bra yang secukupnya. Anda boleh membeli pad yang boleh dibasuh atau pad pakai buang.

Bolehkah saya menyusukan selepas saya kembali bekerja?

Ya. Kembali bekerja tidak bermakna anda berhenti menyusukan. Malah, ibu-ibu yang bekerja di luar kawasan rumah mereka dapat menyusukan bayi mereka selama mana yang mereka mahu. Anda mungkin mahu mengepam susu di tempat kerja atau menyusukan hanya apabila anda bersama dengan bayi anda. Kedua-duanya boleh dilakukan.