
Semasa didalam rahim ibu, bayi
bernafas mengunakan uri yang bersambung melalui tali pusat. Selepas dilahirkan
tali pusat ini tidak lagi diperlukan dan bakal menjadi ‘bellybutton’ seperti
orang dewasa.
Sebaik dilahirkan, tali pusat bayi
kelihatan seperti jeli yang panjangnya lebih kurang 3 cm terkepit dengan ‘clamp’
semasa proses bersalin sebelumnya. Tali pusat tidak mengandungi saraf jadi bayi
tidak akan merasa sakit semasa mengendalikanya.
Ia tidak kelihatan begitu cantik
tetapi menakjubkan kan?
Tali pusat bayi tidak memerlukan
penjagaan rapi tetapi sebelum ia menjadi kering dan luruh dengan sendirinya,
eloklah biarkan ia bersih dan kering sepanjang masa.
Cara menjaganya
1. Pastikan Ia bersih. Anda boleh
mencusi mengunakan pencuci ‘spirit’ tetapi kajian terbaru menunjukkan, tali
pusat lebih cepat sembuh sekiranya dibiarkan begitu sahaja. Cuci dengan
pembersih cuma apabila ia menjadi kotor atau terkena najis. Pastikan tangan anda
bersih dan bebas dari kotoran dahulu sebelum mengendalikannya. Pegang dengan
jari hujung tali pusat dan lap kering kelilingnya mengunakan tuala kecil yang
bersih. Bagi kawasan yang agak dalam, anda boleh mengunakan
‘cotton bud’ .Sekiranya puan mengunakan alat pengering rambut, pastikan jarak
yang selamat dan gunakan suhu yang sederhana.
2. Biarkan ia kering. Dedahkan tali
pusat untuk mempastikan ia kering dari akarnya, iaitu kawasan yang bersambung
dikulit. Pastikan lampin bayi tidak menutupinya. Sekiranya nampak basah terkena
air kencing, cuci dengan segera dan lap kering sepenuhnya.
3. Mandi gunakan sponge. Secara
praktikalnya ia lebih sesuai sehinggalah tali pusat pulih sepenuhnya. Sekiranya
ia sudah luruh, anda boleh mula mandikan mengunakan tub atau sink.
4. Biarkan ia gugur dengan sendiri. Cuba
untuk bendung keinginan untuk menarik tali pusat walaupun ia terjuntai seperti
dari seurat benang.
Tanda
jangkitan
Semasa tempuh pemulihan, agak normal
sekiranya tali pusat kelihatan keras atau terdapat darah kering padanya, tetapi
kalau terdapat tanda tanda seperti dibawah, anda disarankan untuk membawa bayi
berjumpa doktor dengan segera,
- Kelihatan kemerahan dan bengkak
- Berdarah tanpa berhenti
- Keluar nanah
- Mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

glitter-graphics.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan