16 FAKTA BAYI BARU LAHIR YG MUNGKIN KITA TIDAK TAHU
Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah
bayi berusia 6 bulan
Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi
air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
Mereka mempunyai lebih
tulang. Orang dewasa
mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut
bercantum semasa bayi membesar.
Empat dari 10 bayi mempunyai tanda
lahir.
Bayi mempunyai deria bau yang kuat.
Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja
dilahirkan.
Rambut bayi yang tumbuh semasa
dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut
baru apabila berusia 6 bulan.
Bayi baru lahir secara genetiknya
mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh
mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
Deria rasa bayi masih tidak
berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis
atau masin dengan baik.
Jantung bayi baru lahir berdenyut
diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa
iaitu 60-80 seminit.
Bayi bernafas lebih cepat iaitu
30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
Berat bayi bertambah 2 kali ganda
dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
Mendengarkan music klasikal menambah
kepintaran bayi.
Bayi baru lahir tidur 15-20 jam
sehari.
Bayi cuma mempunyai satu lapisan
kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi,
sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
Bayi mempunyai kebolehan menyelam
sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.
glitter-graphics.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan