PENGIKUT MC2B

Sabtu, Jun 29

CUCI BAJU BAYI YG BETUL

Deterjen dapat membuat iritasi kulit bayi yang baru lahir. Sabun biasanya  lembut untuk pakaian , dan tidak menyebabkan iritasi, tapi daya bersih sabun tidak sekuat daya bersih deterjen. Hindari pemakaian pelembut pekaian dan produk yang mengandung pewarna dan parfum untuk mencegah terjadinya reaksi alergi pada kulit bayi.Sebelum mencuci pakaian untuk pertama kalinya,bacalah petunjuk  perawatannya. Pakaian tidur bayi biasanya memerlukan perawatan khusus.Anda mungkin ingin untuk mencuci pakaian bayi secara terpisah dari seluruh keluarga, tetapi hal ini tidak diperlukan, selama Anda menggunakan sabun yang lembut.Jangan meletakkan pakaian kotor bayi dalam waktu yg lama, usahakan untuk segera mencucinya karna noda bisa melekat pd pakaian dan lebih sulit untuk dibersihkan.Jika noda pada pakaian bayi anda hanya noda ringan seperti air liur atau bekas ASI, cukup hanya direndam dalam air, gunakan sedikit sabun lembut dan gunakan sikat berbulu nilon yg lembut.Perlu anda ingat bahwa kulit bayi sangat sensitif, pastikan untuk mencuci pakaiannya dengan bersih, terutama pakaian yg bersentuhan langsung dengan kulit bayi Anda, seperti popok kain atau kaus.Berikut ini adalah beberapa jenis noda pada pakaian bayi dan cara membersihkannya : 

Protein
Ini termasuk ASI, noda makanan , dan air liur. Rendam dalam air biasa terlebih dulu, kemudian tambahkan pembersih enzim. Enzim dalam deterjen akan menghilangkan noda dan protein.

 Lemak  atau noda berminyak
Ini termasuk baby oil, krim dan petroleum jelly. Sebelum  mencuci pakaian, taburkan tepung jagung atau bedak  pada noda untuk menyerap minyak, biarkan selama 10 sampai 15 menit, kemudian cuci seperti biasa. 

Buah dan Sayuran (jus, selai, buah)
Ini termasuk jus, selai dan buah. Siram dengan air dingin, rendam dalam campuran ukuran satu banding satu dari alkohol dan air. Jika noda hilang, cuci seperti biasa. Untuk noda membandel, rendam dalam campuran satu banding satu dari cuka putih dan air. Noda urin dan diare pada popok Untuk noda urin dan diare yg membandel, campurkan satu sendok makan  amonia dalam setidaknya 1 cangkir air, rendam kemudian cuci seperti biasa. Jika Anda memilih untuk menggunakan bahan alami pada pakaian bayi, cobalah beberapa pilihan berikut . namun tetap pilihan Pastikan untuk membilas pakaian secara menyeluruh. 

Baking Soda
Pembersih yang efektif, pewangi, dan pelembut kain. Campurkan dengan air untuk membentuk pasta, dan diletakkan  pada noda untuk menyerap bau. Baking soda juga digunakan untuk mencuci pakaian baru yg belum dipakai

Boraks
Merupakan bentuk mineral yang larut dalam air dengan antiseptik, antibakteri, dan bersifat pemutih. Membuat sabun  lebih efektif (tambahkan 1/2 cangkir untuk mencuci). Baik digunakan untuk mencuci popok dengan noda membandel. 

Sodium perborate
Sebuah alternatif alami untuk pemutih klorin yang terbuat dari boraks dan hidrogen peroksida. Tambahkan 3 sendok makan kedalam air rendaman cucian andak  untuk menghilangkan noda. 

Washing Soda
Juga dikenal sebagai natrium karbonat, mineral dengan pembersih yang kuat dan sifat degreasing. Tambahkan 2 sendok makan ke sabun cuci untuk membuatnya lebih efektif, atau membuatnya menjadi pasta untuk menghilangkan noda berminyak. 

Cuka putih
Cairan yg bersifat menghancurkan lemak, menghilangkan noda membandel dan memutihkan pakaian, campurkan ¼ cangkir kedalam air rendaman cucian anda. Yang paling penting anda ingat, apapun pilihan penghilang noda pada pakaian yg anda gunakan, anda harus memastikan pakaian bayi anda harus benar2 dibilas dengan bersih setelahnya, karna kulit bayi sangat sensitive.-

Khamis, Jun 27

KIUTNYA ROMPER BAYI


WOW....Kiutnya Romper bayi yang ada di pasaran sekarang nie.....
Bayi dalam usia bawah setahun lebih mudah disarungkan pakaian yang ringkas. Ini kerana kerenah mereka yang cepat meragam ketika memakai baju.
Pastikan dalam koleksi pakaian bayi anda ada banyak romper dan legging. Romper mudah disarung kerana butang di bahagian bawah membuatkan anda mudah menukarkan lampin si comel.
Jika cuaca sejuk, sarungkan sahaja legging sebelum memakaikan romper. Ringkas namun tetap bergaya. Yang penting si kecil kelihatan comel dipandang. Kini terdapat pelbagai rekaan romper yang menarik dan sesuai untuk bayi-bayi comel. Begitu juga dengan legging yang direka dengan pelbagai warna dan corak. Pastikan anda ada kedua-dua fesyen ini dalam koleksi pakaian anak.

28 MINGGU

Adik sekarang dah berada di penggal terakhir. sampai ibu dah terkena kencing manis akibat pertambahan berat badan semasa semester ini. 

Menjelang minggu ini, berat adik ialah sebanyak 2.3 paun / lebih sedikit dari 1 kilogram dan mungkin berukuran 14.8 inci / 38 sentimeter panjang dari atas ke jari kaki. Sekitar masa ini, adik sudah boleh membuka mata dan memalingkan kepala jika adik ternampak cahaya terang yang memancar terus menerus dari luar. Lapisan lemaknya sedang terbentuk dan kuku jari mula timbul. 
Ibu juga mungkin berjumpa dengan doktor dengan lebih kerap lagi di minggu-minggu terakhir ini.  Harap semuanya berjalan dengan lancar sebelum adik lahir.....

Rabu, Jun 26

SCAN 4D 3D


haiiiii.......video my baby ♥♥♥
ermmmm.........tak sabar nak tggu adik lahir.
moga2 anak umi sihat2 adanya kat dalam.
teruja sangat.
nie masa scan kat KLINIK FAUZIAH RAKAN2


Ahad, Jun 23

PERGERAKAN BAYI DALAM KANDUNGAN

Bilakah kali pertama saya dapat merasa bayi saya bergerak?

Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali yang pertama adalah detik yang sangat mengujakan. Jika ini adalah kehamilan anda yang pertama, mungkin mengambil masa bagi anda untuk mengenalpasti bahawa sensasi seolah-olah ketukan lembut dari dalam perut itu adalah sebenarnya pergerakan bayi anda. Anda mungkin akan mula menyedarinya kira-kira dalam minggu ke-18 dan minggu ke-20, atau lebih lambat daripada itu.

Jika anda sudahpun mempunyai anak, anda pasti tahu tanda-tandanya. Anda mungkin mula menyedari pergerakan bayi anda kira-kira di antara minggu ke-15 dan minggu ke-18.


Apakah yang sedang dibuat oleh si kecil di dalam perut?

Imbasan ultrabunyi (ultrasound) boleh menunjukkan apa yang sedang dibuat oleh bayi anda. Kebanyakan pergerakan bayi bermula lama sebelum anda menyedarinya:

  • Pada minggu ketujuh hingga minggu kelapan, bayi anda mula membuat pergerakan am, seperti membengkokkan badan ke tepi dan bergerak apabila terkejut.
  • Pada kira-kira minggu kesembilan, bayi anda mula mengalami sedu, menggerakkan tangan atau kaki dengan sendiri, menghisap dan menelan.
  • Pada minggu ke-10, dia boleh melentur dan memalingkan muka, mengangkat tangan untuk menyentuh mukanya, menganga dan mengeliat.
  • Pada minggu ke-11, dia boleh menguap.
  • Pada minggu ke-14, dia boleh menggerakkan matanya.
Secara beransur-ansur, pergerakan bayi anda menjadi cukup kuat untuk anda merasainya. Tidak lama selepas itu, anda akan kerap merasa dia mengetuk atau menendang apabila dia meregangkan tangan dan kakinya.

Bayi anda tidak akan bergerak sepanjang masa sebab. Seperti anda juga, ada masa-masanya dia hanya mahu berehat dan tidur. Menjelang penghujung kehamilan, dia akan berehat selama kira-kira 45 minit sekali. Waktu rehatnya ini mungkin bagi anda terasa lebih panjang, kerana anda tidak akan dapat merasa setiap pergerakan yang dilakukannya.


Bagaimanakah pergerakan bayi saya dari minggu ke minggu?

Anda tidak akan dapat merasai kesemua pergerakan bayi anda. Sesetengah pergerakan berlaku sekejap sahaja dan tidak sempat untuk anda merasainya. Anda lebih berkemungkinan merasai pergerakan-pergerakan yang berlangsung lebih daripada beberapa saat. Berikut ialah panduan mengenai pergerakan apa yang dijangka anda boleh merasanya dan bila:

Dari minggu ke-20 hingga ke-24

Aktiviti bayi anda akan bertambah secara beransur-ansur dari minggu ke minggu. Ketika ini, anda akan menyedari bahawa bayi anda lebih aktif pada siang hari di mana dia banyak membuat pergerakan menendang dan balik kuang (somersault).

Dari minggu ke-24 hingga ke-28

Anda mungkin mula menyedari apabila bayi anda mengalami sedu. Apabila ini berlaku, anda akan rasa seperti tersentak-sentak. Karung amnion (ketuban) anda pada ketika ini mengandungi sebanyak 750ml cecair yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Anda juga mungkin menyedari bahawa dia akan terkejut apabila mendengar bunyi kuat secara tiba-tiba.


Pada minggu ke-29

Bayi anda akan mula membuat pergerakan kecil yang lebih mantap, disebabkan dia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda.

Pada minggu ke-32

Anda mungkin menyedari pergerakan bayi anda memuncak ketika ini. Selepas ini, jumlah pergerakan yang anda rasa akan berkurangan. Ini adalah normal kerana dia tidak mempunyai banyak ruang untuk bergerak.


Mulai kira-kira minggu ke-36

Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama kerana otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut.

Pergerakan utama yang anda akan rasa pada peringkat ini ialah pukulan tangan dan kaki bayi, dan dia juga akan membuat tendangan kuat yang agak memeritkan pada tulang rusuk anda.

Sekiranya ini bukan kehamilan anda yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh anda dijangka bersalin.

Baca lebih lanjut mengenai bagaimana untuk tahu bila sudah tiba masa bersalin.

Dari minggu ke-36 hingga ke-40

Badan bayi kini lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi menghisap jari dan jika jarinya terlucut, anda akan merasa pergerakan yang pantas dan perit. Ini kerana dia sedang memusingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri untuk mencari jarinya semula!

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesarannya juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang.

Pergerakan dan posisi di peringkat akhir kehamilan

Pada minggu-minggu terakhir, kedudukan bayi akan tetap dalam mangkuk pelvis anda, sedia untuk dilahirkan. (Sekiranya ini tidak berlaku, dapatkan nasihat mengenai bagaimana meletakkan bayi anda dalam posisi optimum untuk kelahiran.)

Kepala bayi anda terasa seakan-akan sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis dan membuatkan anda agak berhati-hati ketika hendak duduk.

Apabila kepala bayi turun lagi ke dalam pelvis, anda akan rasa "ringan", kerana tekanan pada bawah tulang rusuk anda kini tidak begitu kuat.

Pada peringkat ini juga, anda tidak akan merasa pergerakan keseluruhan badan bayi. Sebaliknya, anda mungkin menerima tendangan yang tidak berhenti-henti di bawah tulang rusuk samada di sebelah kiri atau kanan, berdasarkan posisi bayi. Jika kulit abdomen anda nipis, anda mungkin berpeluang memegang kaki bayi anda.

Ada masanya bayi anda akan diam dan berehat dan ada masanya dia sangat aktif, lazimnya pada lewat petang atau malam atau semasa anda sedang baring dan hendak tidur!

Berapakah tendangan yang patut saya rasakan dalam satu hari?

Semasa anda sedang sibuk, anda mungkin kurang menyedari pergerakan bayi anda. Anda akan lebih menyedari pergerakan ini semasa anda sedang duduk berehat.

Kajian aktiviti fetus menunjukkan bahawa pergerakan bayi semasa dalam rahim menunjukkan pola berjaga dan tidur yang berlainan. Tiada jumlah tendangan yang boleh dianggarkan secara purata. Namun begitu, setelah sampai ke peringkat akhir kehamilan, anda mungkin sudah mengenal pasti dan boleh menentukan pola pergerakan bayi anda.

Saya tidak merasa gerakan bayi saya hari ini; patutkan saya bimbang?

Jika anda sibuk melakukan sesuatu, anda mungkin tidak menyedari pergerakan bayi anda. Jika anda mahukan kepastian, ada beberapa cara untuk merangsang bayi supaya bergerak:
  • Baring mengiring (dengan mengampu punggung) dan jangan bergerak.
  • Angkat kaki ke atas dan relaks.
  • Mainkan muzik kepada perut anda.
Tidak lama dahulu, wanita hamil sering dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan fetus. Anda perlu merekod berapa kali pergerakan bayi berlaku sehingga anda mendapat jumlah 10 tendangan, sebaik-baiknya pada masa yang sama setiap hari.

Walau bagaimanapun, carta seperti ini telah menjadi kurang popular kerana penyimpanan rekod seperti ini kurang efektif. Sebaliknya, fahamilah pola gerakan bayi anda dalam waktu anda berjaga dan sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, hubungilah doktor anda dengan segera.

Khamis, Jun 20

RAMALAN JANTINA BAYI



AMARAN!!!!!RAMALAN KALENDAR INI  HANYA SEKADAR SUKA SUKA. SEGALANYA DI TENTUKAN OLEH ALLAH S.W.T .

Sabtu, Jun 15

NASIHAT BERPANTANG

Haiiiii....
kali nie entry nasihat untuk adik MC2B ( IDA AZMIRA BINTI ZAMANI ) yang bakal menimang cahaya mata ke 4 bulan September nie yang menurut MC2B sangat susah untuk berpantang.orang muda katakan...nie nasihat MC2B untuk semua juga.
 
Masa mengandung berat badan ibu naik dengan banyak sekali. Sudahnya hati runsing dan sibuk bertanya bolehkah badan ini kembali macam dulu. Jawapannya mudah sahaja, amalkan berpantang secara tradisional, In Shaa Allah badan kembali langsing dan yang penting sihat.

Tetapi berapa ramai ibu-ibu moden masa kini masih kekal mengikut cara orang tua-tua berpantang? Ada yang berkata leceh hendak berstokin sepanjang hari, berbengkung, berpilis dan bertungku. Lebih berani, ada ibu yang baru dua minggu bersalin sudah sibuk mengusung anak ke pusat beli-belah.

Wah, ini kalau dilihat mak-mak bidan tradisional mahu menjerit dia. Bukan apa, kalau ikut cara berpantang tradisional yang sebenar, ibu-ibu dilarang melangkah keluar dari rumah sepanjang tempoh 40 hari berpantang.

Tetapi biasanya kita boleh melihat secara fizikal jika dibuat perbandingan antara ibu yang mengamalkan pantang dengan ibu yang tidak berpantang langsung. Ibu berpantang jarang mengalami sengal-sengal badan dan sakit pinggang, badan lembik tidak bermaya dan perut buncit macam masih lagi mengandung.

Jom kita semak semula apa perkara yang sepatutnya dipatuhi oleh ibu-ibu selepas bersalin.

1. Kawal pergerakan

*Jangan terlalu banyak bergerak, berjalan secara perlahan kerana dibimbangi tumpah darah.

*Sentiasa memakai stoking dan jangan tersepak benda-benda keras kerana ditakuti bentan.

*Duduk secara rapat paha supaya dapat mengecilkan/mengecutkan rahim kembali.

2. Jaga pemakanan

*Makan ikan haruan supaya luka cepat sembut.

*Jangan makan makanan berkanji dan bersantan. Pulut misalnya boleh menyebabkan angin dan menambahkan kolesterol dalam badan. Ini melambatkan proses menurunkan berat badan.

*Jangan makan sayuran yang bersifat sejuk dan menyebabkan angin seperti kangkung, kacang panjang, labu air, nangka muda.

3. Amalkan mandian air rebusan herba

*Air rebusan daun-daun herba seperti mengkudu, kaduk, pandan,, serai wangi, jambu batu elok untuk menyegarkan tubuh yang lesu selepas bersalin.

4. Berurut

*Amalan berurut seluruh badan membantu membetulkan urat-urat badan yang tegang, mengembalilkan pengaliran darah serta menaikkan rahim kembali ke tempat asal.

5. Bertungku

*Selepas berurut elok bertungku terutama di bahagian perut dan peranakan untuk mempercepatkan proses pengecutan peranakan sekali gus mengempiskan perut ibu.

6. Menyapu pilis

*Amalan yang semakin jarang dilakukan ibu lepas bersalin. Pilis bertujuan menyejukkan

bahagian kepala dan mencerahkan mata serta mengelakkan daripada sakit kepala yang

mungkin boleh menyebabkan meroyan.

7. Minum jamu

*Sekarang ada banyak alternatif jamu bersalin yang bersesuaian untuk diamalkan. Ia membantu mengembalikan tenaga yang hilang dalam proses bersalin.

KALKULATOR TARIKH BERSALIN

Hai......salam pagi ahad yang mendung dan cuaca suam2 kuku pagi nie. MC2B tiba2 dapat idea nak menaip entry berkenaan KALKULATOR TARIKH BERSALIN...sebab tak sabar gile di buatnya....ermmmm,,,al-maklumla anak sulong katakan walaupon bukan lahir dari rahim MC2B dan benih En.suami...tapi perasaan menjadi ibu berkobar-kobar.

Due date adik Cikmala 19 September 2013.....
melalui kalkulator nie,,,,, sekarang nie adik cikmala dah mengandung 26 MINGGU.....tinggal 14 MINGGU...bagi korunk yang nak juga mengira boleh KLIK LINK NIE OK...kalkulator ada kat bahagian bawah Blog tue.


Tarikh Bersalin
19/9/2013
Persenyawaan
27/12/2012
Ujian Kehamilan
10/1/2013
Degupan Jantung Yang Pertama
24/1/2013
Gerakan Pertama
18/4/2013
Kebolehhidupan
30/5/2013
20/12/2012
16/5/2013
27/12/2012
23/5/2013
3/1/2013
30/5/2013
10/1/2013
6/6/2013
17/1/2013
13/6/2013
24/1/2013
20/6/2013
31/1/2013
27/6/2013
7/2/2013
4/7/2013
14/2/2013
11/7/2013
21/2/2013
18/7/2013
28/2/2013
25/7/2013
7/3/2013
1/8/2013
14/3/2013
8/8/2013
21/3/2013
15/8/2013
28/3/2013
22/8/2013
4/4/2013
29/8/2013
11/4/2013
5/9/2013
18/4/2013
12/9/2013
25/4/2013
19/9/2013

Nota: Kalkulator ini bukan diagnosis. Pengiraan yang disediakan adalah anggaran yang berdasarkan pada purata.