PENGIKUT MC2B

Isnin, Mei 13

BUAT SENDIRI BARUT BAYI

wah,,,,,
rasa cam lagi elok buat sendiri barut...boleh pilih mcm2 warna barut. Cara membuat barut baby

1) Bahan yang digunakan hanyalah kain putih cotton dari jenis yang lembut sikit. Ada juga yang suka gunakan kain flannel yang bercorak².. Selain tu, beli tali putih yang dah siap tuh.. dalam gambar tuh nampak ler. satu gulung dah cukup ler..
2) Mula² potong kain mengikut saiz di bawah. lebihkan sikit untuk jahitan. Garisan di tengah tu ada lipatan. Maknanya barut tu nanti dua lapisan kain ler..
 (sekiranya bby anda dijangkakan besar ->3kg, tambahkan lebar kain jadi 18')
3) Kemudian gunakan ukuran di bawah. Buat satu garisan semi bulatan dan potong mengikut bentuk yang sesuai. Kenapa bahagian ini dibentuk sedemikian rupa adalah untuk memberi ruang pada bahagian punggung bayi untuk mengelakkan terlalu panjang pada bahagian belakang yang boleh menyebabkan terkena najis

4) Sekiranya dibuka, kain yang telah digunting akan berbentuk seperti di atas
5) Untuk tali barut, potong tali siap di kedai mengikut kepanjangan di bawah. Gunakan 6 untuk setiap barut.

(kalau suka nak ikan reben, panjangkan jadi 12')
6) Pada bahagian luar, jahit tali mengikut ukuran yang diberikan seperti di bawah. Jahit hanya pada satu bahagian kain. Ini untuk mengelakkan jahitan terkena kulit bayi yang sensitif.

7) Terbalikkan kain dan dari bahagian dalam, jahit bahagian tepi barut seperti garisan merah kecuali satu bahgian untuk menterbalikkan kain.

8) Terbalikkan kain dan iron untuk memberi kekemasan sebelum menjahit satu lagi bahagian yang terbuka dari luar. Lengkaplah proses membuat barut.
9) Basuh dengan cecair pencuci yang sesuai sebelum dipakaiankan kepada bayi anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan