PENGIKUT MC2B

Rabu, Julai 24

8 BULAN SUDAH

Alhamdullillah,,,,Muhammad Luth Mikhail dah 32 minggu dalam kandungan. maknanya dah 8 bulan.


Berat Mikhail mungkin sekarang lebih kurang 3.75 paun / 1.7 kilogram dan panjangnya lebih kurang 17 inci / 42 sentimeter dari kepala ke jari kaki. 



Walaupun paru-parunya belum akan matang sepenuhnya sehingga hampir dekat masa dilahirkan, Mikhail menyedut cecair amnion untuk menguatkan paru-parunya dan berlatih untuk bernafas. 




rambut sudahpun memenuhi kepala, tetapi ada juga bayi hanya mempunyai beberapa gumpal rambut sahaja. 






Rambut lebat semasa lahir tidak bermakna rambut lebat di kemudian hari, namun begitu, lazimnya kanak-kanak yang mempunyai rambut halus di zaman kanak-kanak akan mempunyai rambut yang jarang semasa dewasa. 

Jumaat, Julai 19

OPERASI CUCI BAJU LUTH MIKHAIL

Haiiii.....
semalam masa Umi ronda2 dekat TTC Kuala terengganu. Abi bgtau boleh la beli sabun baju bayi. boleh basuh terus.ok jawap Umi. sempat Umi capai seluar tight baby 2 pasang. promosi rm10 dapat 2 helai.selalu Umi tengok selalunya rm40 untuk 5 helai.ok la tue...dah borink takdeq benda lagi yang nak di beli..Umi ngan Abi pergi la pulak ke Giant.Umi masuk Guardian.beli pencuci pakaian bayi untuk baju Luth Mikhail. Umi sambar je jenama Pureen.





Rabu, Julai 17

31 MINGGU SUDAH ANAK UMI



Lengan anak Umi, kaki dan badan terus membesar - dan akhirnya sama padan dengan saiz kepala. Berat lebih kurang 3.3. paun / 1.5 kilogram dan anak Umi sudah kelihatan seperti bayi baru lahir. Ukuran panjang lebih kurang 16 inci / 41 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki. 







Selagi anak Umi menggeliang-geliut, Umi tahu  anak Umi sihat sejahtera. dan masih perlu membesar lebih banyak lagi. dijangka boleh naik berat badan dua paun / 900 gram lagi sebelum kelahiran. 






ha hah,,,,




anak Umi membuang air kecil dari pundi kencing. Ini persediaan yang baik untuk melatih Luth Mikhail kencing selepas kelahiran. Tak lama lagi Umi boleh meramal apakah yang diidam-idamkan oleh Muhammad Luth Mikhail  


Khamis, Julai 11

DAH 30 MINGGU LUTH MIKHAIL

Haiiiii......MC2B nak update entry tentang Muhammad Luth Mikhail dah 30 minggu dalam kandungan.

 Ibu selalu cakap Luth selalu bergerak2...teruja pulak Umi mendengarnya....




umi selalu berdoa semoga Muhammad Luth Mikhail keluar dari perut ibu tak lah gagoh sangat mcm duk dalam perut ibu..berpusing2 kata ibu...


bila nak amik video,,,,



pandai pulak anak umi diam yer..bila umi baca dalam internet bila bayi bergerak maknanya....sihat.



tapi ada org kata pulak takut selalu bergerak terbelit tali pusat...





mudah2an tak terbelit tali pusat.


Isnin, Julai 1

KASUT UNTUK ANAK UMI

Haiiii.......
apa khabar anak umi ngan Abi dalam perut tue?mudah2an sihat hendaknya.tak sabar nak tunggu bulan 9,,,,nak tengok rupa anak umi ngan Abi.scan dah tengok.nnk tengok rupa sebenar la pulak. Umi nak cerita pasal kasut Abi beli  nie ha....tengok kat atas rak molek tersusun.Umi amik telek2 lama2.snap pic.tetiba rasa nak buat entry..lama dah umi tunggu saat2 nie.akhirnya anak umi disahkan Boy.sesuai sangat dengan kasut abi beli nie.