PENGIKUT MC2B

Rabu, Mei 22

6 TIPS PEMBERIAN SUSU FORMULA BAGI BAYI



Air susu ibu adalah makanan terbaik yang dapat diberikan kepada anak Anda dalam enam bulan pertama kehidupan. Menyusui adalah cara alami untuk memberi makan bayi. ASI memiliki komposisi dan suhu yang tepat. Dengan menyusui, Anda juga mendekatkan tubuh dan melakukan kontak mata dengan anak Anda. Napas dan suara Anda menenangkan anak dan membuatnya akrab dengan Anda. ASI mengandung zat khusus yang melindungi bayi dari penyakit seperti pilek dan influenza. Selain itu, ASI mudah dan murah. Anda dapat memberikan ASI setiap saat dan di setiap tempat yang tenang. Anda tidak harus membersihkan botol dan menghabiskan uang untuk membelinya.

Namun, beberapa wanita tidak cukup memproduksi ASI, tidak memiliki waktu karena bekerja seharian penuh, memiliki masalah kesehatan atau kendala lain sehingga tidak bisa memberikan ASI secara memadai. Untuk itu, pemberian susu formula tidak terelakkan. Bila Anda termasuk dalam kelompok tersebut, berikut adalah tips pemberian susu formula yang perlu Anda perhatikan:

IMG_1117

1. Pilih produk sesuai usia

Hal yang terpenting adalah memastikan kesesuaian produk dengan usia anak Anda. Setiap susu formula memiliki nutrisi dengan komposisi yang disesuaikan dengan usia anak. Jangan sekali-kali memberikan susu sapi biasa ke bayi. Susu itu tidak dianjurkan karena tidak memiliki unsur-unsur nutrisi yang tepat untuk bayi dan dapat memicu masalah pencernaan.

Ada banyak jenis susu formula di pasaran. Sejauh ini yang paling populer dan mungkin yang terbaik adalah susu formula yang terbuat dari susu sapi. Bagi bayi yang memiliki intoleransi laktosa, susu formula berbasis kedelai dan susu kambing bisa menjadi pilihan. Ada banyak merek yang tersedia di pasaran dan semua merek tunduk pada aturan dan pengawasan pemerintah (BPOM). Jadi, Anda tidak perlu khawatir dengan kandungannya. Kenyataannya, penelitian menunjukkan bahwa tidak banyak perbedaan kandungan nutrisi antar produk susu formula, yang semuanya dibuat menyerupai kandungan gizi pada ASI. Perbedaan antar produk biasanya terletak pada kadar gula, protein dan lemak. Semua susu formula bayi diperkaya dengan zat besi (untuk mencegah anemia) dan vitamin D (untuk mempromosikan pertumbuhan tulang). Beberapa susu formula juga dilengkapi dengan DHA dan ARA, yang ditemukan dalam ASI dan diperkirakan membantu pertumbuhan otak bayi.

2.Ikuti dosis yang dianjurkan

Jangan memberikan lebih atau kurang dari takaran yang ditunjukkan pada kemasan susu. Susu yang terlalu encer akan membuat bayi cepat lapar kembali, dan bila terlalu kental dapat menyulitkan pencernaannya. Selalu gunakan sendok takar yang disertakan dalam kemasan. Takaran satu sendok adalah satu sendok penuh yang diratakan.

3. Perhatikan kebersihan

Rebuslah dengan air mendidih botol, cincin dan dot susu yang sudah dicuci sebelum digunakan kembali. Selalu gunakan air matang yang hangat untuk mencampur susu. Susu formula yang berada lebih dari satu jam pada suhu kamar tidak boleh diberikan kepada bayi Anda. Susu formula tidak steril, dan bakteri dapat bertahan hidup dalam susu meskipun Anda menggunakan air steril untuk mencampurnya. Di suhu ruangan, bakteri itu akan berkembang biak dengan cepat. Bahkan jika Anda menyimpan susu formula di lemari es, bakteri dapat berkembang dalam beberapa jam. Anak Anda dapat mengalami infeksi perut bila meminumnya.

5. Jangan menjadwalkan pemberian susu

Nafsu makan bayi Anda bervariasi dari hari ke hari dan bulan ke bulan, jadi biarkan dia mengatur waktu makannya sendiri. Bayi Anda akan meminta susu sesering yang dia perlukan, selama Anda memahami dan menanggapi isyaratnya. Ketika bayi Anda baru lahir, dia akan minum sedikit tetapi sering, sehingga pemberian botol dilakukan setiap dua atau tiga jam sekali. Semakin besar, semakin besar porsi untuk setiap pemberian sehingga frekuensinya berkurang. Sebagai aturan umum, bayi Anda membutuhkan antara 150 ml dan 200 ml susu formula per kilogram berat tubuhnya per hari. Jadi, jika bayi Anda beratnya 5 kg, dia akan membutuhkan antara 750 ml dan 1.000 ml susu formula selama periode 24-jam untuk memuaskan rasa laparnya.

4. Berikan susu formula seperti memberikan ASI

Terutama pada bayi di bawah enam bulan, pemberian susu formula sebaiknya dilakukan seperti halnya memberikan ASI, yaitu dengan menggendong. Jaga kontak mata dan kontak kulit Anda, dan berbicaralah dengannya. Kedekatan dengan ibu adalah ”makanan batin” yang sangat dibutuhkan untuk perkembangannya.

6. Perhatikan saat pemberian susu

Miringkan botol sedikit sehingga ujung dot selalu penuh dengan susu, bukan udara. Anda akan melihat gelembung-gelembung di dalam botol saat bayi Anda mengisap. Dia mungkin mengisap dengan kuat lalu beristirahat di antaranya. Istirahat itu memberinya waktu untuk merasakan apakah sudah kenyang atau belum. Jika Anda mendengar suara bising ketika bayi Anda minum, mungkin terlalu banyak udara di botolnya. Periksalah apakah dot susu sudah terpasang dengan kencang dan posisi botol tidak terlalu miring.

Rabu, Mei 15

KAUNSELING IVF

haiiiii......
hari nie MC2B ada temujanji dengan doktor pakar O & G Hospital sultanah nurzahirah jam jam 2petang@ 15/05/2013.....doktor tanya awak dah period erk??!!! dah doktor jawap MC2B.owh,,,,maknanya IUI kali ke 3 tak jadi.takpelah.kita bgtau prosedur nak buat IVF ok......ok doktor jawap MC2B....Hubby MC2B kusyuk dengar Doktor bg penerangan tentang prosedur IVF dgan kos buat IVF sekali....dah siap tandatangan surat rawatan IVF yg mengatakan kami suami isteri faham dengan apa yg diberitahu........MC2B tanya doktor pasal nak bg susu sendiri pada baby MC2B nnt.takut2 la ada side effect pada baby.akhirnya MC2B diberitahu oleh doktor supaya tangguh la sehingga baby 4 bulan.lepas 2 sambung rawatan IVf semula.dan doktor sajes MC2B kaunseling mengenai penyusuan susu ibu.MC2B ikut la seorang ketua jururawat  yg sangat pandai dalam bab2 menyusu kan bayi......beliau menyarankan MC2B datang semula lepas raya untuk suntik ubat pengeluaran susu sebelom baby lahir.penerangan ketua nurse sangat2 MC2B hargai dan faham.....MC2B tak perlu bimbang lagi.segalanya di hujung jari..... ^_^ hari nie mampu tersenyum....

Selasa, Mei 14

NAJIS BAYI ANDA


Apakah yang normal?

Sebagai ibu, agak menakjubkan berapa banyak masa yang kita habiskan untuk memeriksa najis bayi kita dalam usaha untuk menentukan sama ada kekerapan, warna dan kepejalan najis itu normal ataupun tidak. Sebenarnya, apa yang normal bagi bayi anda bergantung kepada usia bayi, sama ada dia menyusu badan atau diberikansusu formula, dan sama ada dia sudah mula makan makanan pejal. Najis bayi anda akan sentiasa berubah mengikut pembesarannya, bermula daripada dia baru dilahirkan hinggalah ke penghujung tahun pertama usianya. Sepanjang tempoh itu anda akan lebih faham tentang apa yang normal baginya.

Tiada kekerapan membuang air besar yang boleh dikatakan tepat dan berapa kalikah yang dikira paling baik. Bagi bayi yang baru dilahirkan, ini bergantung kepada sama ada dia menyusu badan atau diberi susu formula. Bayi yang menyusu badan tanpa memakan makanan pejal akan membuang air besar lebih kurang empat kali sehari; namun, membuang air besar sekali dalam tiga hari juga dianggap normal dan anda tidak perlu risau mengenai kekerapannya selagi najis bayi lembut dan mudah keluar. Bayi yangmenyusu formula selalunya perlu membuang air besar setiap hari untuk mengelakkan sembelit.

Najis bayi anda akan sentiasa berubah dari segi kepejalan dan warna, daripada lembut dan berwarna kuning cair kepada warna kuning dengan tompok-tompok hijau, dan seterusnya berubah lagi pada keesokan harinya. Ini adalah normal.

Apa yang akan dibuang oleh bayi saya yang baru lahir?

Untuk beberapa hari pertama selepas dilahirkan, bayi anda akan membuang najis yang dipanggil mekonium. Ini merupakan bahan melekit berwarna hitam kehijauan yang terkumpul dalam usus bayi semasa dalam rahim dan komposisinya ialah hempedu, mukus, sel dari dinding usus, rembesan dan cecair amnion. Walaupun kotoran ini sukar ditanggalkan, mekonium adalah petanda bahawa usus bayi anda berfungsi dengan baik.

Selepas satu atau dua hari, apabila penyusuan menjadi kebiasaan dan semua mekonium telah dikeluarkan, warna najis akan menjadi hijau kecoklatan, lembut dan berbiji sebelum menjadi lebih kekuningan.

Bagaimanakah rupa najis bayi saya jika saya memberinya susu badan?

Najis bayi yang menyusu badan dan bayi yang diberikan susu formula adalah berbeza. Kolostrum dari "susu pertama" anda bertindak sebagai julap yang membantu menolak mekonium keluar daripada badan bayi anda. Setelah anda mula menghasilkan susu dengan sempurna, iaitu selepas kira-kira tiga hari, najis bayi anda akan berubah menjadi kuning cerah seperti biji sawi dan baunya kemanis-manisan. Najis itu agak lembik tetapi bertekstur, kadang-kala kelihatan berbiji-biji atau kelihatan berketul seperti susu masam.

Pada minggu-minggu terawal, bayi anda akan membuang air besar semasa atau selepas setiap kali menyusu, tetapi ini akan berkurangan dan dia akan mempunyai rutinnya sendiri, selalunya membuang air besar pada masa yang sama setiap hari. Rutin ini akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada situasi, contohnya, rutin akan bertukar apabila anda mula memberinya makanan pejal, apabila bayi kurang sihat, atau jika dia mula kurang menyusu.

Bagaimanakah rupa najis bayi saya jika saya memberinya susu formula?

Jika bayi anda meminum susu formula, najisnya akan berwarna kuning pucat atau coklat kekuningan, dan sisa susu formula akan menjadikannya kelihatan lebih besar dan lebih terbentuk berbanding najis bayi yang diberikan susu badan. Ini kerana susu formula tidak dapat dicernakan sepenuhnya berbanding susu badan. Baunya juga lebih kuat, seakan-akan najis orang dewasa.

Lazimnya, bayi yang diberikan susu formula perlu membuang air besar sekali sehari untuk merasa selesa kerana najisnya lebih besar. Lebih lama najis berada dalam usus, lebih keras ia akan jadi dan lebih sukar untuk dikeluarkan sehingga boleh menyebabkan sembelit. Bincanglah dengan pakar pediatrik anda jika anda rasa bayi anda mempunyai masalah ini.

Jika kami bertukar dari susu badan ke susu formula, bagaimanakah kesannya ke atas najis bayi saya?

Jika anda bertukar dari susu badan ke susu formula, adalah penting bagi anda melakukannya secara perlahan-lahan, iaitu, biarlah pertukaran ini mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu. Ini akan memberikan masa bagi sistem perncernaan bayi anda membuat penyesuaian dan mengelakkan sembelit. Dan bagi diri anda pula, ini dapat mengurangkan risiko buah dada bengkak dan sakit. Sebaik sahaja bayi anda dapat menyesuaikan diri dengan susu formula, cara dia membuang air besar akan bertukar lagi!

Apakah kesannya apabila bayi saya sudah mula memakan makanan pejal?

Perubahan terbesar pada najis bayi anda akan berlaku apabila anda mula memberikannya makanan pejal. Ketika ini, najis sudah tidak mudah dibersihkan dan tidak berbau manis seperti dulu. Dengan makanan pejal, apa yang masuk akan keluar dalam bentuk yang agak sama. Maksudnya, apabila anda memberinya lobak merah lenyek, kandungan lampin bayi akan berwarna jingga cerah.

Begitu juga apabila bayi anda mula memakan pelbagai jenis makanan, najisnya akan menjadi lebih pekat, gelap dan berbau! Makanan yang lebih bertekstur, iaitu makanan yang kaya dengan serat seperti kismis dan kacang panggang susah untuk dicerna, sehinggalah satu masa kelak apabila sistem pencernaan bayi menjadi matang secukupnya dan dapat mencerna dengan sempurna.

Apa yang tidak normal?

Cirit-birit
Simptom-simptom cirit-birit termasuklah najis yang sangat cair dan kadang-kala dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap, dan ia akan memancut keluar dari punggung bayi anda. Bayi yang diberikan susu badan kurang cenderung menghidap cirit-birit kerana susu badan membantu merencatkan mikroorganisma yang menjadi puncanya.

Bayi yang diberikan susu formula lebih cenderung mendapat jangkitan. Oleh itu adalah penting bagi anda mensterilkan peralatan dan mencuci tangan anda sekerap mungkin. Punca cirit-birit termasuk salah satu daripada yang berikut: jangkitan seperti gastroenteritis, mengambil terlalu banyak buah-buahan atau jus, mula tumbuh gigi, pengambilan ubat, kesensitifan atau alahan terhadap sesuatu makanan.

Cirit-birit biasanya sembuh tanpa rawatan dalam masa 24 jam, tetapi jika tidak, dapatkan pemeriksaan doktor. Para ibu selalunya beranggapan bahawa puncanya ialah susu formula bayi, tetapi sebelum menukar kepada jenama lain, bincanglah dengan doktor anda untuk memastikan tidak terdapat sebarang punca lain.

Sembelit
Sembelit bukan setakat bayi anda terpaksa meneran semasa membuang air besar sehingga merah seluruh mukanya. Simptom-simptomnya termasuklah kesukaran membuang air besar dan najis yang berbentuk seperti batu-batu kecil yang kering, sakit perut, kejengkelan, dan kadang-kala terdapat darah pada najis yang mungkin disebabkan oleh rekahan pada dubur akibat pengeluaran najis yang keras. Bayi yang diberi susu badan jarang mengalami masalah ini berbanding bayi yang diberi susu formula kerana susu ibu mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk mengekalkan kelembutan najis.

Jika bayi anda mengalami sembelit, bawalah dia berjumpa doktor, terutamanya jika terdapat darah dalam najis, supaya dapat diketahui puncanya. Bagi bayi yang sudah mengambil makanan pejal, mungkin doktor akan menasihatkan anda supaya meningkatkan jumlah cecair dan serat dalam dietnya. Ini boleh dilakukan dengan memberikannya buah prun atau aprikot yang dikisar.

Najis hijau
Jika najis bayi anda berwarna hijau dan berbuih, besar kemungkinan bayi mengambil terlalu banyak laktosa (gula asli yang terdapat dalam susu) yang boleh berlaku jika dia kerap menyusu tetapi tidak mendapat susu yang lemak yang boleh mengenyangkan. Ia juga mungkin disebabkan terlebih penyusuan atau kurang penyusuan, atau ia adalah tanda bahawa terdapat kuman dalam perut bayi anda.

Pastikan bayi anda habis menghisap susu daripada sebelah payudara sebelum beralih ke payudara yang satu lagi. Jika sakit perutnya masih tidak sembuh dalam masa 24 jam, berundinglah dengan doktor anda untuk cuba mencari punca masalahnya kerana ia mungkin disebabkan oleh kesensitifan terhadap makanan, atau ubat yang diambilnya, ataupun rutin penyusuan.

Palitan darah
Palitan darah dalam najis bayi anda akan berlaku jika dia sembelit kerana proses peneranan semasa membuang air besar boleh menyebabkan rekahan pada dubur. Namun begitu, elok jika anda mendapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan ini adalah sebab sebenar dan tiada sebab-sebab lain.

Isnin, Mei 13

BUAT SENDIRI BARUT BAYI

wah,,,,,
rasa cam lagi elok buat sendiri barut...boleh pilih mcm2 warna barut. Cara membuat barut baby

1) Bahan yang digunakan hanyalah kain putih cotton dari jenis yang lembut sikit. Ada juga yang suka gunakan kain flannel yang bercorak².. Selain tu, beli tali putih yang dah siap tuh.. dalam gambar tuh nampak ler. satu gulung dah cukup ler..
2) Mula² potong kain mengikut saiz di bawah. lebihkan sikit untuk jahitan. Garisan di tengah tu ada lipatan. Maknanya barut tu nanti dua lapisan kain ler..
 (sekiranya bby anda dijangkakan besar ->3kg, tambahkan lebar kain jadi 18')
3) Kemudian gunakan ukuran di bawah. Buat satu garisan semi bulatan dan potong mengikut bentuk yang sesuai. Kenapa bahagian ini dibentuk sedemikian rupa adalah untuk memberi ruang pada bahagian punggung bayi untuk mengelakkan terlalu panjang pada bahagian belakang yang boleh menyebabkan terkena najis

4) Sekiranya dibuka, kain yang telah digunting akan berbentuk seperti di atas
5) Untuk tali barut, potong tali siap di kedai mengikut kepanjangan di bawah. Gunakan 6 untuk setiap barut.

(kalau suka nak ikan reben, panjangkan jadi 12')
6) Pada bahagian luar, jahit tali mengikut ukuran yang diberikan seperti di bawah. Jahit hanya pada satu bahagian kain. Ini untuk mengelakkan jahitan terkena kulit bayi yang sensitif.

7) Terbalikkan kain dan dari bahagian dalam, jahit bahagian tepi barut seperti garisan merah kecuali satu bahgian untuk menterbalikkan kain.

8) Terbalikkan kain dan iron untuk memberi kekemasan sebelum menjahit satu lagi bahagian yang terbuka dari luar. Lengkaplah proses membuat barut.
9) Basuh dengan cecair pencuci yang sesuai sebelum dipakaiankan kepada bayi anda.

Sabtu, Mei 11

LAMPIN PAKAI BUANG PILIHAN MC2B



pilihan MC2B tentang lampin pakai buang adalah HUGGIES TOTAL PROTECTION NEWBORN. walaupun MC2B belum cuba menggunakannya tapi hasil dari pembacaan di internet memang lampin pakai buang nie elok.

sebab Mc2B suka lampin pakai buang nie :
MENOLONG MELINDUNGI DARIPADA 5 TANDA IRITASI/KERENGSAAN KULIT-KEMERAHAN,RUAM,KEKASARAN,KEGATALAN, SERTA KULIT MENJADI  SEMAKIN SENSITIP

PENUNJUK KEBASAHAN- dimana gambar gambar binatnag yang berwarna kuning akan bertukar warna ke biru apabila bayi sudah basah.ini menolong  MC2B mengetahui bila masanya untuk menukar popok/lampin supaya bayi selalu sentiasa kering.

BAHAN YANG TELAH LULUS UJIAN HYPOALLERGENIC DAN PH SEIMBANG- dapat menolong menghalang iritasi/ kerengsaan kulit

LAPISAN LUAR BERSIRKULASI/BERALIRAN UDARA 100%- mengalirkan udara keluar 10x lebih cepat supaya kulit bayi tetap/ kekal kering ( berbanding lapisan luar yang tidak beraliran udara)

MATERIAL POPOK/ LAMPIN YG SERBA LEMBUT- menolong memberi kenyamanan/ keselesaan yg lebih baik lagi untuk kulit halus bayi yang baru lahir

MENGHALANG KEBOCORAN SELAMA 10 JAM-
* lapisan cepat kering menyerap cairan / cecair lebih cepat dari kulit bayi
* mengalirkan cairan/ cecair secara sama rata dibahagian dalam lapisan penyerap
* gel penyerap super menguncikan cairan / cecair  dan memberikan kekeringan kepada kulit bayi hingga 10 jam lamanya.

PENGHALANG KEBOCORAN BERGANDA- memberikan perlindungan tambahan daripada kebocoran  air kencing dan kotoran / najis berair dibahagian peha.