PENGIKUT MC2B

Selasa, April 23

MENYEDIAKAN PERSEKITARAN TIDUR YANG SELAMAT BAGI BAYI

 


Pada masa anda mula memikirkan tentang tempat bayi akan tidur di waktu malam atau cara menghiaskan biliknya, anda akan mendapati faedah jika mengingatkan tip-tip keselamatan kami.

Apa yang perlu saya periksa jika membeli kot baru?

Pilih kot yang dalam. Jarak antara bar-bar kot harus sekitar 45mm dan 65mm.
Pastikan kot tidak mempunyai lubang-lubang hiasan atau tangga.

Adakah sesuai jika dibeli kot terpakai?

Ya, sesuai, selagi anda sudah memeriksanya dan pasti ianya selamat untuk bayi.
Jika anda tidak mahu mengeluarkan belanja untuk kot baru, atau seorang saudara atau kawan telah memberikan anda kot terpakai, anda perlu:

• Pastikan jarak antara bar-bar itu 45mm dan 65mm untuk mengelak daripada kepala bayi tersepit antara bar.

• Periksa yang tilam bersih dan terletak kemas. Seharusnya tidak terdapat sebarang sambungan di sudut dan tiada lubang-lubang hiasan pada papan kepala kot atau papan di kaki kot yang boleh memerangkap tangan dan kaki bayi.

Bagaimana saya boleh memastikan bayi saya terselamat dalam kotnya?

Walaupun bayi sudah selesa dalam kotnya, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu:

• Letakkan bayi anda atas belakangnya apabila hendak tidur, dengan kaki di bahagian hujung tempat tidur, kot atau kereta tolak. Ini akan mengurangkan risiko kematian kot atau sindrom bayi mati mengejut (SIDS).

• Jangan gunakan bantal dalam kot. Untuk selamat tidur, bayi anda memerlukan permukaan yang mantap dan datar.

• Apabila anda tidak berada dalam bilik bersama bayi, naikkan pintu kot dari bawah dan kuncikannya.

• Letakkan kot di tempat yang tidak terkena pancaran cahaya matahari, jauh dari tingkap, penyaman udara dan lampu. Ini akan membantu memastikan bayi anda berada dalam suhu yang selamat dan selesa.

• Alihkan semua perabot dari kotnya, supaya apabila bayi sudah membesar kelak tidak begitu mudah baginya untuk panjat keluar dari kot.

• Lebih baik jika bilik bayi tidak ada dipasang langsir atau bidai yang mempunyai tali.

Tali terjuntai membawa risiko bayi tercekik. Jika anda sudah memasangnya, pastikan anda menyimpulkan tali itu dengan ikatan kemas.

• Sebaik saja anak anda sudah boleh duduk tegak, tanggalkan mainan bergantung dan lain-lain mainan yang dipasang merentangi kot.

• Apabila anak anda boleh mengangkat badan dan berdiri, keluarkan kusyen bampar. Bayi boleh menggunakannya sebagai tangga. Letakkan tilam di tempat paling rendah supaya dia tidak dapat keluar dari kot.

• Jika tilam kot itu berada di tempat paling rendah sementara rel yang paling tinggi sudah sampai ke bahagian bawah dada bayi, ini adalah masanya untuk memindahkan dia ke katil.

Apakah suhu yang paling selamat untuk bilik bayi saya?

Bantu bayi anda supaya dapat tidur selamat dan nyenyak dengan meletakkan suhu biliknya pada 24 darjah C / 75.3 darjah F atau 25 darjah C / 77 darjah F. Bayi yang terlalu panas lebih mudah diserang kematian kot atau sindrom bayi mati mengejut (SIDS). Ikutilah tip-tip ini untuk memastikan bayi anda berada dalam suhu yang selamat.

• Jika bayi anda tidur dalam bilik tanpa penyaman udara (dan dengan itu tiada petunjuk suhu yang terpasang), beli termometer dan simpankannya dalam bilik bayi untuk memastikan bilik itu sentiasa di suhu yang sesuai.

• Jangan selimutkan bayi terlalu berlapis-lapis atau memakaikannya terlalu banyak lapis pakaian.

• Jauhkan kot bayi dari penyaman udara dan kipas berdiri.

• Jika anda fikirkan yang bayi anda terlalu panas atau sejuk, periksa perutnya. Jika perut bayi terasa panas, atau dia berpeluh, tanggalkan beberapa lapis pakaian. Tidak menjadi masalah jika tangan dan kaki bayi rasa sejuk. Ini normal.

Bagaimana saya boleh membuatkan bilik bayi saya selamat?

Anda mungkin telah melakukan semua yang dapat difikirkan untuk membuat bilik bayi tempat yang terlindung selamat, tetapi ada beberapa perkara lagi yang harus diawasi:

• Jangan tinggalkan bayi semasa dia berada atas meja tukar lampin. Elok sekiranya anda letakkan saja tikar tukar lampin atas lantai untuk mengelakkan risiko bayi jatuh.

• Jauhkan kelengkapan dandanan diri seperti losyen dan kertas mengelap dari capaian bayi.

• Pastikan kedudukan almari dan rak buku kukuh untuk mengelakkan daripada terjatuh atas anak anda. Untuk tujuan sama, jangan lupa untuk menutup semua laci.

• Pastikan sarong kaki pijama tidak terlalu panjang atau stokin tidak begitu licin jika bayi anda suka berdiri atau sudah mula berjalan.

Untuk tip-tip umum tentang bagaimana hendak menjamin bayi anda selamat yang sesuai untuk digunakan bagi setiap bilik dalam rumah anda, lihatlah membuat rumah anda selamat untuk bayi.
glitter-graphics.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan