Haiiiii....
kali nie entry nasihat untuk adik MC2B ( IDA AZMIRA BINTI ZAMANI ) yang bakal menimang cahaya mata ke 4 bulan September nie yang menurut MC2B sangat susah untuk berpantang.orang muda katakan...nie nasihat MC2B untuk semua juga.
Masa mengandung berat badan ibu naik dengan banyak sekali.
Sudahnya hati runsing dan sibuk bertanya bolehkah badan ini kembali macam dulu.
Jawapannya mudah sahaja, amalkan berpantang secara tradisional, In Shaa Allah
badan kembali langsing dan yang penting sihat.
Tetapi berapa ramai ibu-ibu moden masa kini masih kekal
mengikut cara orang tua-tua berpantang? Ada yang berkata leceh hendak berstokin
sepanjang hari, berbengkung, berpilis dan bertungku. Lebih berani, ada ibu yang
baru dua minggu bersalin sudah sibuk mengusung anak ke pusat beli-belah.
Wah, ini kalau dilihat mak-mak bidan tradisional mahu menjerit
dia. Bukan apa, kalau ikut cara berpantang tradisional yang sebenar, ibu-ibu
dilarang melangkah keluar dari rumah sepanjang tempoh 40 hari berpantang.
Tetapi biasanya kita boleh melihat secara fizikal jika dibuat
perbandingan antara ibu yang mengamalkan pantang dengan ibu yang tidak
berpantang langsung. Ibu berpantang jarang mengalami sengal-sengal badan dan
sakit pinggang, badan lembik tidak bermaya dan perut buncit macam masih lagi
mengandung.
Jom kita semak semula apa perkara yang sepatutnya dipatuhi oleh
ibu-ibu selepas bersalin.
1. Kawal
pergerakan
*Jangan terlalu banyak bergerak, berjalan secara perlahan
kerana dibimbangi tumpah darah.
*Sentiasa memakai stoking dan jangan tersepak benda-benda keras
kerana ditakuti bentan.
*Duduk secara rapat paha supaya dapat mengecilkan/mengecutkan
rahim kembali.
2. Jaga
pemakanan
*Makan ikan haruan supaya luka cepat sembut.
*Jangan makan makanan berkanji dan bersantan. Pulut misalnya
boleh menyebabkan angin dan menambahkan kolesterol dalam badan. Ini melambatkan
proses menurunkan berat badan.
*Jangan makan sayuran yang bersifat sejuk dan menyebabkan angin
seperti kangkung, kacang panjang, labu air, nangka muda.
3. Amalkan mandian air
rebusan herba
*Air rebusan daun-daun herba seperti mengkudu, kaduk, pandan,,
serai wangi, jambu batu elok untuk menyegarkan tubuh yang lesu selepas
bersalin.
4. Berurut
*Amalan berurut seluruh badan membantu membetulkan urat-urat
badan yang tegang, mengembalilkan pengaliran darah serta menaikkan rahim kembali
ke tempat asal.
5. Bertungku
*Selepas berurut elok bertungku terutama di bahagian perut dan
peranakan untuk mempercepatkan proses pengecutan peranakan sekali gus
mengempiskan perut ibu.
6. Menyapu
pilis
*Amalan yang semakin jarang dilakukan ibu lepas bersalin. Pilis
bertujuan menyejukkan
bahagian kepala dan mencerahkan mata serta mengelakkan
daripada sakit kepala yang
mungkin boleh menyebabkan meroyan.
7. Minum
jamu
*Sekarang ada banyak alternatif jamu bersalin yang bersesuaian
untuk diamalkan. Ia membantu mengembalikan tenaga yang hilang dalam proses
bersalin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan