WOW....Kiutnya Romper bayi yang ada di pasaran sekarang nie.....
Bayi dalam usia bawah setahun lebih mudah disarungkan pakaian
yang ringkas. Ini kerana kerenah mereka yang cepat meragam ketika memakai
baju.
Pastikan dalam koleksi pakaian bayi anda ada banyak romper dan legging. Romper mudah
disarung kerana butang di bahagian bawah membuatkan anda mudah menukarkan lampin
si comel.
Jika cuaca sejuk, sarungkan sahaja legging sebelum memakaikan
romper. Ringkas namun tetap bergaya. Yang penting si kecil kelihatan comel
dipandang. Kini terdapat pelbagai rekaan romper yang menarik dan sesuai untuk
bayi-bayi comel. Begitu juga dengan legging yang direka dengan pelbagai warna
dan corak. Pastikan anda ada kedua-dua fesyen ini dalam koleksi pakaian
anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan